BANTUAN TUNAI BTR 2025 : (FASA 1) CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN TUNAI BTR 2025 : (FASA 1) CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Pelbagai usaha kerajaan untuk membantu rakyat dalam meningkatkan kedayatahan kewangan khususnya bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana setiap bulan. Oleh itu, hasil daripada penyasaran semula subsidi dapat disalurkan kepada mereka yang layak melalui Bantuan Tunai Rahmah (BTR).

Bagaimanakah cek status bantuan tunai BTR layak atau tidak fasa 1? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN TUNAI BTR 2025

Bantuan Tunai Rahmah atau dikenali sebagai BTR adalah sebuah bantuan tunai yang disalurkan untuk membantu meringankan dan mengurangan bebanan kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi sepanjang tahun 2025.

BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN TUNAI BTR DISALURKAN 2025

Jumlah Bantuan Tunai Rahmah (BTR) akan disalurkan bergantung kepada kelayakan penerima seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH
BANTUAN TUNAI BTR
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500 sebulan
0 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM5,000 sebulan
0 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Bujang Warga EmasRM600
Bujang 21 hingga 59 tahunRM600

BAGAIMANAKAH KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TUNAI BTR

Kaedah penyaluran Bantuan Tunai Rahmah (BTR) adalah mengikut jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
BANTUAN TUNAI BTR
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan ke dalam akaun bank penerima
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Diberikan secara tunai di kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN)

BILAKAH TARIKH PENYALURAN BANTUAN TUNAI BTR FASA 1

Tarikh penyaluran Bantuan Tunai Rahmah (BTR) adalah dijangka pada tarikh seperti berikut :

PERKARATARIKH
Penyaluran Bantuan Tunai BTR
Fasa 1
** Januari 2025
atau
** Februari 2025
*Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan akan dikemaskini apabila telah diumumkan secara rasmi nanti.

CEK STATUS BANTUAN TUNAI BTR FASA 1

  1. Sila layari laman rasmi BTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.

Leave a Comment