BANTUAN TAMBAHAN RM600 BUJANG 2026 : PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN

BANTUAN TAMBAHAN RM600 BUJANG 2026 : PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN

Bagi membantu kategori Bujang menghadapi peningkatan kos sara hidup, Kerajaan akan turut menyalurkan Bantuan Tambahan untuk sepanjang tahun 2026 dan dengan bantuan tersebut, kategori Bujang dapat menampung keperluan asas bagi diri sendiri setiap bulan.

Bagaimanakah permohonan & semakan kelayakan Bantuan Tambahan RM600 untuk Bujang? Ikuti panduan lengkap dan baca info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2026 : CHECK STATUS SEKARANG

BANTUAN TAMBAHAN RM600 BUJANG 2026

Jumlah Bantuan Tambahan untuk Kategori Bujang bukan sahaja RM600. Malah, Kerajaan akan memberikan bayaran berdasarkan kelayakan penerima seperti berikut :

KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN
BANTUAN TAMBAHAN
Bujang Pendapatan
sehingga RM2,500
RM600 setahun
(RM50 x 12 bulan)
Bujang Pendapatan
Bawah Garis Kemiskinan (PGK)
RM1,200 setahun
(RM100 x 12 bulan)

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN BUJANG

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Tambahan untuk kategori Bujang bagi tahun 2026 :

  • Warganegara : Malaysia;
  • Status Perkahwinan :
    • Bujang belum berkahwin; atau
    • Balu kematian pasangan; atau
    • Duda / janda (bercerai) dan tiada anak.
  • Had Umur :
    • 21 hingga 59 tahun – penerima biasa; atau
    • 19 hingga 59 tahun – penerima OKU.
  • Kadar Pendapatan :
    • Tidak melebihi RM2,500 sebulan; atau
    • Pendapatan bawah garis kemiskinan (PGK) semasa dan berdaftar bawah e-Kasih.
  • Status Permohonan STR :
    • Lulus permohonan STR 2026.

CARA PERMOHONAN BANTUAN TAMBAHAN BUJANG 2026

Ikuti panduan cara permohonan yang lengkap di bawah untuk mendapatkan Bantuan Tambahan bagi tahun 2026 :

  1. Sila klik pada pautan laman web rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, terus klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Untuk teruskan permohonan tanpa guna MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  5. Kemudian, sila klik pada butang [Semak].
  6. Maklumat diri akan dipaparkan secara automatik seperti ‘Nama Penuh’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’.
    • Ianya dipaparkan berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
      • Nota : Jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN terdekat.
  7. Isikan maklumat yang diperlukan dengan betul.
    • Ruangan yang bertanda (*) adalah mandatori untuk diisi.
  8. Pilih [Status Perkahwinan] anda seperti :
    • Bujang – bagi yang belum berkahwin.
    • Balu – bagi yang kematian pasangan.
    • Duda / Janda – bagi yang bercerai.
  9. Bagi yang kematian pasangan, sila isi [Tarikh Kematian] dan muat naik [Sijil Kematian].
  10. Bagi yang bercerai, sila isi [Tarikh Penceraian] dan muat naik [Surat Cerai].
  11. Masukkan maklumat akaun bank anda yang masih aktif untuk penerimaan bantuan.
    • Pastikan nombor akaun yang betul dan atas nama sendiri.
  12. Seterusnya, klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman berikutnya.
  13. Lengkapkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan dengan anda.
  14. Bagi pengesahan, anda perlu mengisi [Kod Captcha] mengikut nilai yang diberikan.
  15. Kemudian, klik butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
  16. Jika permohonan telah berjaya dihantar, anda akan dipaparkan dengan :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
  17. Selesai.

CARA PENDAFTARAN BANTUAN TAMBAHAN BUJANG

Untuk kategori bujang yang berpendapatan bawah garis kemiskinan (PGK), anda boleh mendaftar eKasih untuk dapatkan bayaran Bantuan Tambahan dengan nilai sehingga RM1,200 setahun.

Ikuti cara pendaftaran seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan laman web rasmi di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Pada halaman tersebut, layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Untuk Didaftarkan Ke Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti dan kenalpasti syarat kelayakan anda.
  5. Seterusnya, hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
  7. Hubungi talian Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  8. Selesai.

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN BUJANG 2026

Ada dua (2) laman web yang boleh diakses untuk semakan kelayakan sebagai penerima Bantuan Tambahan untuk kategori Bujang. Ikuti kedua-dua cara semakan di dua (2) laman web yang berbeza di bawah :

  • Semak Kelayakan Melalui Laman Web MyKasih :
    1. Klik pada pautan laman web MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
    3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
      • Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-) contoh : 870230114567.
    4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    5. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
    6. Selesai.
  • Semak Kelayakan Melalui Laman Web MySTR :
    1. Klik terus pada pautan laman web MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Sila klik pada butang [Log Masuk].
    3. Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
    4. Kemudian, klik butang [Semak].
    5. Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
    6. Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
    7. Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
    8. Klik pada butang [Log Masuk].
    9. Dashboard akan dipaparkan.
    10. Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
    11. Status penerima bujang akan dipaparkan.
    12. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Tambahan, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment