BANTUAN TAMBAHAN RM2400 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT TAMBAHAN INI

BANTUAN TAMBAHAN RM2400 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT TAMBAHAN INI

Hasil daripada penjimatan penyasaran semula dapat disalurkan kepada rakyat yang layak melalui inisiatif Bantuan Tambahan berjumlah sehingga RM2,400 setahun dan dapat membantu menampung keperluan asas setiap bulan sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan Tambahan RM2400? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA 2026 SEMAKAN STATUS : MYKASIH (RM200 & RM100 SETIAP BULAN)

MANFAAT BANTUAN TAMBAHAN RM2400

Berikut merupakan antara manfaat-manfaat Bantuan Tambahan sebanyak RM2,400 :

  • Dapat menikmati bayaran setiap bulan.
  • Boleh menggunakan Bantuan Tambahan untuk beli barang keperluan asas.
  • Pelbagai barang dapat dibeli dengan Bantuan Tambahan.
  • Dapat menggunakan Bantuan Tambahan selama 12 bulan.
  • Dikreditkan secara tanpa tunai dalam Kad Pengenalan.

SYARAT LAYAK BANTUAN TAMBAHAN RM2400

Kerajaan akan memberikan Bantuan Tambahan berjumlah sebanyak RM2,400 hanya kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara : Malaysia.
  • Had Umur : Tiada had umur.
  • Status Perkahwinan :
    • Berkahwin (ada / tiada anak); atau
    • Balu (kematian pasangan) ada anak; atau
    • Janda / duda (bercerai) ada anak.
  • Kadar Pendapatan : Bawah Garis Kemiskinan (PGK) Purata miskin semasa.
  • e-Kasih : Daftar & tersenarai dalam rekod data e-Kasih sebagai penerima miskin & miskin tegar.
  • Status STR : Lulus permohonan STR 2026 kategori Isi Rumah.

JADUAL BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN RM2400

Bayaran Bantuan Tambahan yang berjumlah RM2,400 bakal dilaksanakan secara ansur-ansur sebanyak RM200 setiap bulan selama 12 bulan mengikut jadual seperti berikut :

TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
15 Januari 2026RM200
1 Februari 2026RM200
1 Mac 2026RM200
1 April 2026RM200
1 Mei 2026RM200
1 Jun 2026RM200
1 Julai 2026RM200
1 Ogos 2026RM200
1 September 2026RM200
1 Oktober 2026RM200
1 November 2026RM200
1 Disember 2026RM200
*Tarikh bayaran rasmi masih belum diumumkan, jadual di atas akan dikemaskini kembali mengikut tarikh yang akan diumumkan.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM2400

Mudah sahaja untuk tahu status sama ada layak atau tidak sebagai penerima Bantuan Tambahan RM2,400, anda boleh membuat semakan status secara online mengikut panduan di bawah :

  1. Pergi ke pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Anda akan dipaparkan kepada halaman utama MyKasih.
  3. Layarkan skrin sedikit ke bawah.
  4. Kemudian, klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  5. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  6. Isikan ruangan dengan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
  7. Tunggu pengesahan [Verifikasi].
  8. Terus klik pada butang [Semakan Status].
  9. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

*Status kelayakan sebagai penerima untuk tahun 2026 masih belum dinyatakan. Oleh itu, anda boleh membuat semakan status dari semasa ke semasa mengikut panduan di atas.

INFO LANJUT

Informasi berkaitan Bantuan Tambahan di atas adalah kami rujuk daripada Portal Rasmi SARA MyKasih dan kami kongsikan untuk memudahkan carian orang awam berkaitan Bantuan Tambahan. Untuk info yang lebih lanjut, sila hubungi SARA MOF di talian berikut :

Talian Rasmi SARA MOF : 03 7720 1800.

Leave a Comment