BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD RM3600 2026 : MOHON & SEMAK KELAYAKAN ONLINE
Pengkreditan Bantuan Tambahan (SARA) Dalam MyKad tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia kerana Kerajaan MADANI telah memperkenalkannya sejak tahun 2023. Namun untuk pengkreditan tahun 2026, kerajaan meluaskan pemberian kepada seramai 9 juta penerima berbanding pengkreditan tahun 2025 hanya diberikan kepada 5.4 juta penerima sahaja.
Bagaimanakah cara mohon & semak kelayakan Bantuan Tambahan Dalam MyKad RM3600 secara online? Ikuti panduan lengkap dan baca info penuh di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARA HIDUP RM1800 2026 : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON
BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD RM3600 2026
Inisiatif Bantuan Tambahan Dalam MyKad bukanlah dibayar dengan jumlah sebanyak RM3,600. Namun, ianya akan dibayar mengikut kelayakan setiap penerima seperti berikut :
- Penerima Berkeluarga :
- Berpasangan (ada atau tiada anak) atau ibu/bapa tunggal (ada anak).
| KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Keluarga Miskin (Pendapatan bawah PGK) | RM2,400 setahun |
| Keluarga Bukan Miskin (Pendapatan RM2,500 – RM5,000) | RM1,200 setahun |
- Penerima Warga Emas :
- Tiada pasangan / balu / duda / janda berumur 60 tahun ke atas.
| KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Warga Emas (Pendapatan bawah PGK) | RM1,800 setahun |
| Warga Emas (Pendapatan bawah RM5,000) | RM600 setahun |
- Penerima Bujang :
- Belum berkahwin / balu / duda / janda berumur 21 hingga 59 tahun serta tiada anak.
| KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bujang (Pendapatan bawah PGK) | RM1,200 setahun |
| Bujang (Pendapatan bawah RM2,500) | RM600 setahun |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD RM3600
Kerajaan menyasarkan Bantuan Tambahan Dalam MyKad dengan nilai RM3,600 (RM1,200 dan RM2,400) khas kepada rakyat yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin / ibu bapa tunggal ada anak;
- Pendapatan bawah garis kemiskinan (penerima miskin); atau
- Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000 (penerima asas);
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
- Tersenarai dalam rekod data e-Kasih sebagai penerima miskin.
CARA MOHON BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD ONLINE
Untuk mendapatkan Bantuan Tambahan Dalam MyKad, anda boleh memohon secara online melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
- Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
- (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD ONLINE
Selepas berjaya memohon, anda boleh ketahui kelayakan anda sama ada ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ terima Bantuan Tamabahan Dalam MyKad melalui semakan secara online seperti berikut :
- Layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
- Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard akan dipaparkan.
- Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
- Status penerima Bantuan STR dan Tambahan (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
Untuk semakan yang lebih mudah adalah melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Bantuan Tambahan (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
PANDUAN GUNA BANTUAN TAMBAHAN DALAM MYKAD
Apabila Bantuan Tambahan dimasukkan dalam MyKad, anda terus boleh menggunakannya untuk beli barang-barang keperluan asas seperti berikut :
- Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya menulis artikel ini berdasarkan maklumat sahih daripada Portal Rasmi MyKasih dan Portal Rasmi STR. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Tambahan Dalam MyKad, sila buat rujukan atau pertanyaan di talian / laman / e-mel di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]