BANTUAN TAMBAHAN 2026 RM2400 : SEMAKAN STATUS SIAPA YANG LAYAK TERIMA
Pada tahun 2025, Bantuan Tambahan hanya diberikan sebanyak RM2,100. Namun untuk tahun 2026, Kerajaan meningkatkan kadar Bantuan Tambahan sehingga RM2,400 bagi membantu rakyat-rakyat yang terkesan dengan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan Tambahan RM2400? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH AKHIR TEBUS SARA 2025 : SEMAK SEKARANG TARIKH TAMAT TEMPOH BANTUAN MYKASIH DALAM IC
BANTUAN TAMBAHAN 2026 RM2400
Maksud Bantuan Tambahan adalah merujuk kepada pemberian Sumbangan Asas Rahmah yang khas kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah sebagai bayaran tambahan bagi membantu penerima menampung perbelanjaan barang-barang keperluan dari semasa ke semasa.
SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM2400
Bukan semua rakyat layak terima Bantuan Tambahan sebanyak RM2,400. Namun ianya hanya disasarkan kepada individu-individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut sahaja :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Berkahwin (merupakan ketua isi rumah); atau
- Ibu / bapa tunggal (mempunyai anak / tanggungan);
- Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin semasa;
- Tersenarai dalam rekod data e-Kasih sebagai penerima Miskin & Miskin Tegar;
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
JADUAL BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN RM2400
Kerajaan tidak akan membayar Bantuan Tambahan sebanyak RM2,400 sekaligus. Namun, Kerajaan akan membuat bayaran kepada penerima secara ansur setiap bulan dari bulan Januari hingga Disember mengikut jadual berikut :
| TARIKH BAYARAN | KADAR BANTUAN |
|---|---|
| Januari 2026 | RM200 |
| Februari 2026 | RM200 |
| Mac 2026 | RM200 |
| April 2026 | RM200 |
| Mei 2026 | RM200 |
| Jun 2026 | RM200 |
| Julai 2026 | RM200 |
| Ogos 2026 | RM200 |
| September 2026 | RM200 |
| Oktober 2026 | RM200 |
| November 2026 | RM200 |
| Disember 2026 | RM200 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM2400
Untuk ketahui sama ada anda layak atau tidak terima Bantuan Tambahan sebanyak RM2,400 untuk tahun 2026, anda boleh menyemak status kelayakan secara atas talian / online melalui pautan Portal Rasmi di bawah :
- Sila layari pautan Portal Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Anda akan dipaparkan pada halaman utama Portal Rasmi tersebut.
- Seterusnya, sila klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruang yang disediakan.
- Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik terus pada butang [Semak].
- Paparan seterusnya adalah “Kata Kunci Keselamatan”.
- Jika ianya memaparkan nama anda, klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] yang dicipta dengan betul.
- Kemudian, barulah klik butang [Log Masuk].
- Jika Log Masuk berjaya, “Papan Pemuka / Dashboard” akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR dan Bantuan Tambahan (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]