BANTUAN SYUKUR SABAH SEMAK 2026 – ADAKAH ANDA LAYAK TERIMA BAYARAN FASA 1

BANTUAN SYUKUR SABAH SEMAK 2026 – ADAKAH ANDA LAYAK TERIMA BAYARAN FASA 1

Terkini! Bantuan tunai secara bulanan Negeri Sabah di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM339.16 juta, dan akan memberikan manfaat kepada 140,000 penerima yang layak.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima bayaran bantuan syukur sabah fasa 1 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN TUNAI WARGA EMAS 2026 – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH 2026

Syarat kelayakan penerima Bantuan SYUKUR SABAH 2026 terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Anak Kelahiran Sabah; atau
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
  • Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

Syarat Tambahan :

  • Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
  • Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

AMAUN DUIT BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 1

Setiap penerima yang layak akan terima kadar Bantuan SYUKUR Sabah FASA 1 seperti berikut :

FASA PEMBAYARANKADAR PEMBAYARAN
Fasa 1

(Januari – Mac)
RM600

(3 Bulan Pembayaran = RM200 Per Bulan)

KAEDAH PEMBERIAN DUIT BANTUAN SYUKUR SABAH

Terdapat beberapa cara terima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah yang disediakan untuk memudahkan penerima :

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Penerima ada akaun bankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima
Penerima tiada akaun bankPemberian secara tunai di kaunter bank atau di pusat pemberian yang bersesuaian ditetapkan oleh Kerajaan Sabah

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 1

Pelaksanaan bayaran Bantuan SYUKUR Sabah adalah mengikut jadual seperti berikut :

FASA PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Fasa 111 Mac 2026 (Rabu)

SEMAK STATUS KELAYAKAN SYUKUR SABAH 2026

Status kelayakan penerima Bantuan Sabah secara online seperti berikut :

  • PADANS Sabah;
  • SYUKUR Sabah

Semakan Status di Portal PADANS Sabah :

  1. Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
  5. Klik pada butang [Teruskan].
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

Semakan Status di Portal SYUKUR Sabah :

  1. Layari Portal Rasmi SYUKUR Sabah : https://syukur.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Klik pada butang [Teruskan].
  4. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  6. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  7. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  8. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH), anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Leave a Comment