BANTUAN SYUKUR SABAH RM900 : SEMAKAN 2025
Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukan sebanyak RM358.5 juta untuk disalurkan kepada 100,000 ribu rakyat di Negeri Sabah melalui Program Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR Sabah) sebagai tanda prihatin terhadap nasib rakyat khususnya golongan miskin dan miskin tegar.
Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, sila baca dan ikuti panduan semakan yang lengkap di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN RM100 SEBULAN : SEMAKAN STATUS
JADUAL KREDIT BANTUAN SYUKUR SABAH RM900
Pengkreditan Bantuan SYUKUR Sabah dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa yang dijadualkan oleh Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :
PERINGKAT PELAKSANAAN | JUMLAH BANTUAN | TARIKH KREDIT BERMULA |
---|---|---|
Fasa 1 (Januari – Mac) | RM900 | Februari 2025 |
Fasa 2 (April – Jun) | RM900 | April 2025 |
Fasa 3 (Julai – September) | RM900 | September 2025 |
Fasa 4 (Oktober – Disember) | RM900 | Oktober 2025 |
CARA KREDIT BANTUAN SYUKUR SABAH
Bagi memudahkan penerima untuk menerima Bantuan SYUKUR Sabah, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) cara bayaran bergantung kepada jenis penerima. Berikut merupakan cara bayaran Bantuan SYUKUR Sabah kepada setiap penerima :
CARA KREDIT BANTUAN SYUKUR SABAH | JENIS PENERIMA |
---|---|
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima | Ada Akaun Bank |
Diberikan secara tunai di lokasi yang akan ditetapkan | Tiada Akaun Bank |
Dikreditkan dalam e-Wallet aplikasi YONO Superapp | Tiada Akaun Bank |
SYARAT PENERIMA SYUKUR SABAH
Hanya individu yang memenuhi syarat sahaja layak untuk menerima Bantuan SYUKUR Sabah sebanyak RM900 setiap fasa. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima :
- Warganegara Malaysia
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sebelum 31 Disember 2024.
- Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ dan bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
- KIR yang didaftarkan sebagai miskin atau miskin tegar dalam eKasih atau PADANS setakat 31 Disember 2024.
- KIR yang belum tersenarai dalam eKasih tetapi mempunyai pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
CARA SEMAKAN PENERIMA SYUKUR SABAH RM900
Individu yang telah memohon serta memenuhi syarat kelayakan boleh menyemak status sama ada layak atau tidak menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah seperti panduan berikut :
- Layari laman Portal Rasmi Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SYUKUR SABAH
Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah :
- Apakah tujuan Bantuan SYUKUR Sabah diberikan?
- Meringankan beban kewangan rakyat (dapat menerima keperluan asas);
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah; dan
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.
- Bagaimanakah kaedah untuk mengetahui sekiranya bantuan telah dikreditkan dalam akaun?
- Notifikasi pembayaran melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar kepada nombor telefon penerima setiap kali agihan dilaksanakan.
- Bagaimanakah inisiatif bagi mengenal pasti penerima yang tercicir / tinggal di pedalaman dan tidak mempunyai akses kepada pejabat daerah / sistem permohonan?
- Individu boleh kemukakan aduan kepada Ketua Kampung / JKKK kemudian terus diserahkan kepada pegawai MySMJ; Profiler Daerah bagi tujuan verifikasi dan mencepatkan proses.
- Bagaimanakah agihan Bantuan SYUKUR Sabah dilakukan sekiranya penerima tidak mempunyai akaun bank?
- Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah akan diagihkan secara tunai mengikut tarikh dan lokasi yang akan ditetapkan oleh pihak Kerajaan Sabah.
- Apakah keadaan Ketua Isi Rumah (KIR) yang membenarkan waris sebagai penerima Bantuan SYUKUR Sabah?
- Keadaan KIR yang membenarkan waris sebagai penerima SYUKUR Sabah adalah :
WARIS AKAUN | WARIS TUNAI |
---|---|
KIR dipenjara | KIR dipenjara |
KIR meninggal dunia | KIR meninggal dunia |
KIR mempunyai masalah kesihatan fizikal dan mental | KIR mempunyai masalah kesihatan fizikal dan mental |
KIR tidak dapat dijejaki | KIR tidak dapat dijejaki |
KIR muflis |
RUJUKAN
Informasi yang dikongsikan dalam artikel ini dirujuk daripada Portal Rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR Sabah). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel berikut :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]