BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 1 2026 – SEMAK KELAYAKAN PENERIMA & STATUS BAYARAN

BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 1 2026 – SEMAK KELAYAKAN PENERIMA & STATUS BAYARAN

Seramai lebih 140,000 penerima yang merupakan rakyat Sabah serta yang bermastautin di Sabah akan menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa Pertama (1) dengan nilai sebanyak RM600 setiap penerima.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima dan status bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 1? Ikuti panduan lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN RAYA AIDILFITRI – STATUS KELAYAKAN PENERIMA

APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH?

Inisiatif Bantuan SYUKUR Sabah atau Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah merupakan sebuah bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu menampung kos sara hidup untuk pembelian barang keperluan asas harian.

Tujuan Bantuan SYUKUR Sabah :

  • Sebagai penghargaan kepada rakyat Sabah.
  • Membantu keluarga miskin dan miskin tegar di Sabah.
  • Mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
  • Menyokong usaha kerajaan negeri dalam membasmi kemiskinan di Sabah.

NILAI BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 1 2026

Berikut merupakan nilai bayaran Bantuan SYUKUR Sabah yang akan diterima oleh penerima yang layak :

PERINGKAT FASANILAI BAYARAN
Fasa 1RM600
(RM200 + RM200 + RM200)
Fasa 2RM600
(RM200 + RM200 + RM200)
Fasa 3RM600
(RM200 + RM200 + RM200)
Fasa 4RM600
(RM200 + RM200 + RM200)

JADUAL BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 1 2026

Kerajaan Negeri Sabah akan melaksanakan bayaran Bantuan SYUKUR Sabah mengikut jadual berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 1Februari – Mac 2026
Fasa 2Mei 2026
Fasa 3Julai – Ogos 2026
Fasa 4Oktober – November 2026

CARA TERIMA BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Setiap penerima akan menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah melalui cara-cara berikut :

JENIS PENERIMACARA TERIMA BAYARAN
Penerima Ada Akaun BankTerima bayaran secara pengkreditan
ke dalam akaun bank penerima
Penerima Tiada Akaun BankTerima bayaran di kaunter bank
atau
di mana-mana pusat pemberian
yang sesuai

SEMAK KELAYAKAN & STATUS BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Bagi yang telah tersenarai dalam rekod data e-Kasih dan PADANS serta yang telah memohon, boleh buat semakan kelayakan sebagai penerima Bantuan SYUKUR Sabah sepert berikut :

  1. Sila layari laman rasmi PADANS di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Halaman utam PADANS akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Semak].
  4. Klik pada butang [Teruskan].
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  6. Klik pada butang [Semak].
  7. Status kelayakan penerima Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 1 akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel rasmi seperti di bawah :

  • Talian SYUKUR Sabah : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.

Leave a Comment