SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Bantuan SYUKUR Sabah atau rasminya diperkenalkan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah merupakan sebuah program bantuan tunai yang disalurkan secara berperingkat untuk membantu seramai 100,000 ribu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Sabah.
Bagaimanakah semakan Bantuan SYUKUR Sabah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN 100 MYKAD 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Objektif utama kerajaan memberikan Bantuan SYUKUR kepada rakyat Sabah adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; dan
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.
KADAR PEMBERIAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Setiap penerima akan terima kadar Bantuan SYUKUR sebanyak yang tertera di bawah :
| PERINGKAT BAYARAN | KADAR BANTUAN | PEMBERIAN SEKALIGUS |
|---|---|---|
| Fasa 1 | RM300 (Januari) RM300 (Februari) RM300 (Mac) | RM900 |
| Fasa 2 | RM300 (April) RM300 (Mei) RM300 (Jun) | RM900 |
| Fasa 3 | RM300 (Julai) RM300 (Ogos) RM300 (September) | RM900 |
| Fasa 4 | RM300 (Oktober) RM300 (November) RM300 (Disember) | RM900 |
CARA PENERIMAAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Bagi memudahkan rakyat menerima Bantuan SYUKUR, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) cara penerimaan mengikut jenis penerima :
| CARA PENERIMAAN BANTUAN | JENIS PENERIMA |
|---|---|
| Pengkreditan terus ke dalam akaun bank | Mempunyai akaun bank |
| Pembayaran secara tunai di bank | Tiada akaun bank |
| Pengkreditan ke dalam akaun e-Wallet (YONO Superapp) | Tiada akaun bank |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH
Pemberian Bantuan SYUKUR adalah khusus kepada individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia (Pemegang Kad Pengenalan Status ‘H’) |
| Umur Penerima | 18 tahun dan ke atas |
| Kediaman | Menetap di Negeri Sabah tidak kurang dari satu tahun |
| Status Penerima | Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) dan tersenarai sebagai ‘Miskin / Miskin Tegar’ dalam rekod eKasih atau PADANS |
SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Rujuk panduan lengkap cara semakan status kelayakan Bantuan SYUKUR seperti berikut :
- Layari laman Portal Rasmi PADANS ‘Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah’ di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 700230112345.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan Bantuan SYUKUR Sabah akan di paparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau sebarang masalah berkaitan bayaran Bantuan SYUKUR Sabah, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel tertera di bawah :
- ☎️ Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- 📱 Talian WhatsApp : 010-582 8207
- 💻 E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://padans.sabah.gov.my/.