BANTUAN SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Program Bantuan SYUKUR Sabah disasarkan kepada 100,000 ribu rakyat Sabah yang merupakan golongan rentan dan memerlukan supaya dapat menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas sepanjang tahun.
Bagaimanakah semakan status Bantuan SYUKUR Sabah? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN 100 MYKAD LOGIN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH
Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukan sebanyak RM358.5 juta untuk disalurkan kepada rakyat Sabah yang memerlukan melalui Bantuan SYUKUR atau rasminya Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; dan
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah adalah secara ansur berperingkat pada tarikh berikut :
- Fasa 1 (Januari – Mac 2025): Pembayaran bermula Februari 2025.
- Fasa 2 (April – Jun 2025): Pembayaran bermula April 2025.
- Fasa 3 (Julai – September 2025): Pembayaran bermula September 2025.
- Fasa 4 (Oktober – Disember 2025): Pembayaran bermula Oktober 2025.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
setiap penerima akan menerima jumlah bayaran Bantuan SYUKUR Sabah yang sama iaitu sebanyak RM300 setiap bulan. Namun ianya dibayar sekaligus setiap tiga (3) bulan sebanyak RM900 dan sehingga RM3,600 setahun.
CARA BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Bagi memudahkan rakyat menerima Bantuan SYUKUR Sabah, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) cara bayaran seperti berikut :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank; atau
- Dikreditkan melalui akaun e-Wallet di aplikasi YONO Superapp.
SEMAKAN STATUS BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Bagi yang belum mengetahui status sebagai penerima Bantuan SYUKUR Sabah, ikuti cara semakan status seperti berikut :
- Layari laman Portal Rasmi Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Selesai.
*Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my.