BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Inisiatif bantuan tambahan terbaru yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan khas untuk membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur dan lain-lain.
Bagaimanakah semakan status kelayakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD 900 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
MEDIUM BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah melalui medium yang sama bagi setiap penerima di negeri-negeri berikut :
NEGERI-NEGERI PENERIMA | MEDIUM BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan W.P Labuan | Dibayar secara ansur setiap bulan automatik melalui pengkreditan tanpa tunai ke dalam akaun kad pengenalan (MyKad) |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025
Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi setiap bulan sepanjang tahun 2025 :
PENERIMA BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR (STR DAFTAR E-KASIH) | PENERIMA BERSTATUS ASAS BUKAN MISKIN (STR SAHAJA) |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025
Jumlah pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah berbeza setiap kategori penerima seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar (STR daftar e-Kasih) | RM2,100 setahun |
Isi Rumah Asas Bukan Miskin (STR Sahaja) | RM900 setahun |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
Bujang Miskin & Miskin Tegar (STR daftar e-Kasih) | RM600 setahun |
Bujang Asas Bukan Miskin (STR Sahaja) | – |
- Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
Warga Emas Miskin & Miskin Tegar (STR daftar e-Kasih) | RM1,650 setahun |
Warga Emas Asas Bukan Miskin (STR Sahaja) | RM450 setahun |
SEMAKAN STATUS BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025
Status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.