BANTUAN STR BUJANG 2026 TIADA TETAPI DIGANTI DENGAN SARA RM600 : SEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA & PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN
Kos sara hidup terutamanya harga barangan keperluan asas yang semakin meningkat naik, menjadikan ianya bebanan untuk rakyat Malaysia termasuk individu bujang. Oleh itu, Kerajaan akan menggantikan bayaran Bantuan STR dengan Bantuan SARA untuk kategori bujang sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah cara semak kelayakan & permohonan Bantuan STR Bujang yang diganti dengan SARA RM600? Ikuti panduan lengkap dan info lanjut di bawah.
BANTUAN STR BUJANG 2026 TIADA TETAPI DIGANTI DENGAN SARA RM600
Untuk tahun 2026, individu bujang tidak akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tetapi bayaran tersebut digantikan dengan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan dibayar setiap bulan untuk sepanjang tahun 2026.
JUMLAH BANTUAN STR YANG DIGANTI DENGAN SARA BUJANG 2026
Berikut merupakan jumlah Bantuan SARA yang digantikan kepada individu bujang yang akan dibayar sepanjang tahun 2026 :
- Penerima Bujang Miskin & Miskin Tegar :
| BAYARAN STR | SARA SEBULAN | SARA SETAHUN |
|---|---|---|
| Tiada | RM100 sebulan | RM1,200 setahun |
- Penerima Bujang Asas Bukan Miskin :
| BAYARAN STR | SARA SEBULAN | SARA SETAHUN |
|---|---|---|
| Tiada | RM50 sebulan | RM600 setahun |
CARA PEMBERIAN BANTUAN SARA BUJANG 2026
Pemberian Bantuan SARA untuk individu bujang adalah melalui cara-cara berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | CARA PEMBERIAN |
|---|---|
| Penerima Bujang Status Miskin & Miskin Tegar | Akan diberikan secara tanpa tunai melalui pengkreditan terus ke dalam akaun Kad Pengenalan khas untuk penerima membuat pembelian barang keperluan asas setiap bulan |
| Penerima Bujang Status Asas Bukan Miskin | Akan diberikan secara tanpa tunai melalui pengkreditan terus ke dalam akaun Kad Pengenalan khas untuk penerima membuat pembelian barang keperluan asas setiap bulan |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA BUJANG 2026
Kerajaan masih belum mengumumkan tarikh bayaran Bantuan SARA untuk tahun 2026, namun jadual dibawah adalah anggaran tarikh bayaran kepada individu bujang :
| TARIKH BAYARAN (PENERIMA MISKIN) | TARIKH BAYARAN (PENERIMA ASAS) |
|---|---|
| Januari 2026 | Januari 2026 |
| 1 Februari 2026 | 1 Februari 2026 |
| 1 Mac 2026 | 1 Mac 2026 |
| 1 April 2026 | 1 April 2026 |
| 1 Mei 2026 | 1 Mei 2026 |
| 1 Jun 2026 | 1 Jun 2026 |
| 1 Julai 2026 | 1 Julai 2026 |
| 1 Ogos 2026 | 1 Ogos 2026 |
| 1 September 2026 | 1 September 2026 |
| 1 Oktober 2026 | 1 Oktober 2026 |
| 1 November 2026 | 1 November 2026 |
| 1 Disember 2026 | 1 Disember 2026 |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA BUJANG
Bantuan SARA akan diberikan khas kepada individu bujang yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara : Malaysia;
- Umur : 21 hingga 59 tahun atau bujang OKU umur 19 tahun ke atas;
- Status Perkahwinan : Belum berkahwin (bujang) / balu / duda / janda (tiada anak);
- Kadar Pendapatan : sehingga RM2,500 (asas bukan miskin) atau bawah garis kemiskinan (miskin tegar);
- Status STR : Lulus permohonan 2026 sebagai penerima Bujang;
- Pendaftaran e-Kasih : Tersenarai dalam rekod data e-Kasih sebagai penerima miskin & miskin tegar.
PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN STR & SARA BUJANG 2026
Untuk menerima Bantuan SARA, individu bujang perlu kemukakan permohonan STR secara online seperti panduan lengkap di bawah :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
- Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan.
- Status Perkahwinan Anda : Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
- (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk bujang, kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Hotline SARA MOF : 03-7720 1800
- E-mel :[email protected]