BANTUAN STR 2025 BUJANG : SEMAKAN STATUS TERKINI LAYAK ATAU TIDAK
Penyaluran bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori bujang bakal memasuki Fasa Ketiga dan akan disalurkan kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan.
Bagaimanakah semakan status terkini layak atau tidak bantuan str 2025 bujang? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS TERKINI LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025 KATEGORI BUJANG
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR Bujang 2025 adalah seperti berikut:
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BANTUAN STR 2025 KATEGORI BUJANG 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) | AMAUN BAYARAN FASA 3 |
---|---|---|
Bujang | RM 600 | RM 150 |
SEMAKAN STATUS TERKINI LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN STR 2025 BUJANG ONLINE
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
TARIKH MASUK KREDIT STR 2025 BUJANG FASA 3
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:
FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
STR FASA 3 | Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan. |
CARA MASUK KREDIT STR 2025
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf