BANTUAN SKAS SARAWAK : SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dilaksanakan setiap 4 bulan sekali (3 kali bayaran setahun) kepada rakyat Sarawak yang layak dengan kadar bermula RM300 hingga RM950 setahun.
Bagaimanakah semak status kelayakan dan bayaran Bantuan SKAS Sarawak? Ikuti panduan di bawah.
BACA JUGA : MY STR SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 2 2026
APA ITU BANTUAN SKAS SARAWAK?
Kerajaan Negeri Sarawak telah menyediakan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) khas untuk dibelanjakan bagi pembelian barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SKAS SARAWAK
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan SKAS :
- Kelayakan Umum :
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus âKâ.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
- Kelayakan Setiap Kategori :
| SYARAT | ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
|---|---|---|---|
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Ibu / bapa tunggal (ada anak) | Bujang atau Balu / Duda / Janda (tiada anak) | Bujang atau Balu / Duda / Janda (tiada anak) |
| Pendapatan Bulanan | Bawah RM5,000 | Bawah RM5,000 | Bawah RM2,500 |
| Had Umur | Tiada had | 60 tahun dan ke atas | 21 hingga 59 tahun |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SKAS SARAWAK
Setiap kategori akan menerima bayaran Bantuan SKAS sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM950 |
| Warga Emas | RM500 |
| Bujang | RM300 |
CARA TERIMA BAYARAN BANTUAN SKAS SARAWAK
Bagi memudahkan rakyat Sarawak menerima Bantuan SKAS, Kerajaan menyediakan cara bayaran berikut :
| CARA TERIMA BAYARAN | PLATFORM |
|---|---|
| Bayaran secara tanpa tunai (baucar digital) | Aplikasi S Pay Global (dalam e-Wallet) |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SKAS SARAWAK
Status kelayakan sebagai penerima boleh disemak secara online seperti berikut :
- Layari laman web rasmi di sini : https://sarawak.gov.my/.
- Klik [Semak Kelayakan]
- Sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda
- Seterusnya, klik butang [Teruskan].
- Klik pada [Akaun Individu].
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Kemudian, klik [Carian].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Sekiranya layak, sila kemaskini maklumat S Pay Global anda.
- Selesai.
INFO LANJUT
Bagi yang ingin mengetahui informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan emel berikut :
- Talian Bantuan : 6082441686
- Alamat Emel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/.