BANTUAN SKAS 2026 : SYARAT KELAYAKAN, SEMAKAN STATUS & CARA PERMOHONAN PEMOHON BARU
Inisiatif baharu telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk membantu rakyatnya yang memerlukan terutama golongan berpendapatan rendah dalam memenuhi keperluan asas.
Bagaimanakah semakan dan permohonan bantuan skas 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SKAS 2026 APPLICATION : CARA REGISTER PERMOHONAN BANTUAN SARAWAK BARU (PANDUAN LENGKAP)
APA ITU BANTUAN SKAS?
Bantuan SKAS atau Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ialah bantuan khas yang telah diperkenalkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada golongan berpendapatan rendah dengan pemberian wang tunai melalui baucar digital yang boleh diakses melalui aplikasi S PAY GLOBAL (e-dompet).
Bantuan ini boleh digunakan oleh penerima untuk membeli barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar seperti :
- Beras;
- Tepung;
- Minyak Masak
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SKAS 2026
Kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mestilah terdiri daripada :
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024;
Kategori Penerima
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
- Tiada had umur.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Warga Emas
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak;
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
KADAR BANTUAN SKAS 2026
Amaun Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) seperti di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM800 |
| Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM400 |
| Bujang Berpendapatan RM2,500 dan kebawah | RM250 |
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan Bantuan SKAS 2026 boleh dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan :
| JENIS BANTUAN | TARIKH BUKA PERMOHONAN |
|---|---|
| Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) | – Tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
Permohonan dan Tuntuan SKAS Sarawak boleh dilakukan menggunakan Sarawak ID atau SarawakPass. Sekiranya anda belum mempunyai Sarawak ID atau SarawakPass, pendaftaran perlu dilakukan terlebih dahulu.
PERMOHONAN BANTUAN SKAS 2026
Kelayakan penerima SKAS adalah secara automatik berdasarkan penerima STR 2024. Namun, jika anda layak menerima bantuan SKAS tetapi tidak tersenarai boleh mengemukakan permohonan secara dalam seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di pautan berikut : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/
- Tekan [Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)].
- Kemudian, klik pada butang [Apply Online] atau [Tuntut SKAS] di bawah.
- Masukkan [Sarawak ID] atau [SarawakPass].
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Klik pada permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan benar dan tepat.
- Akhir sekali, klik butang [Hantar / Apply]
- Permohonan telah dihantar; dan
- Selesai
Jika anda belum mempunyai akaun S PAY GLOBAL, langkah pendaftaran dan pengaktifan akaun S PAY GLOBAL seperti berikut:
- Muat Turun Aplikasi S PAY GLOBAL dari :
- Google Play Store (pengguna Android);
- Apple App Store (pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi dan pilih “Daftar Akaun Baru”.
- Kemudian, masukkan maklumat peribadi yang diperlukan dengan pada bahagian pendaftaran.
- Setelah itu, pengesahan akaun perlu dilakukan. Ikuti arahan untuk pengesahan akaun melalui emel atau SMS.
- Seterusnya, kemas Kini Maklumat dan pastikan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank dan alamat telah dikemas kini untuk memastikan proses pembayaran berjalan lancar.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS
Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi SKAS di sini:
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/ - Halaman utama Portal SKAS akan dipaparkan.
- Kemudian, klik [Check Eligibility].
- Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan tanpa (-)
- Tekan [Search].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Pembayaran] Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talikhidmat: +6082-555999
- e-Mel: [email protected]