BANTUAN SARAWAK SKAS 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK
Bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak akan terus menyalurkan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak iaitu SKAS kepada rakyat yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan selama empat (4) fasa.
Bagaimanakah semak kelayakan Bantuan Sarawak SKAS? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026 : PEMOHON YANG BERSTATUS LULUS AKAN DIBAYAR DALAM IC
SYARAT LAYAK BANTUAN SARAWAK SKAS
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima Bantuan Sumbangan Asas Sarawak (SKAS) :
- Syarat Umum :
- Warganegara Malaysia;
- Kad Pengenalan berstatus ‘K’;
- Beralamat dan menetap di Sarawak;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Syarat Kelayakan Setiap Kategori :
| SYARAT | ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
|---|---|---|---|
| Had Umur | Tiada | 60 tahun ke atas | 21 – 59 tahun |
| Status Kahwin | Berkahwin atau Ibu / bapa tunggal (ada anak) | Bujang atau Ibu / bapa tunggal (tiada anak) | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak) |
| Pendapatan | Bawah RM5,000 sebulan | Bawah RM5,000 sebulan | Bawah RM2,500 sebulan |
KADAR BANTUAN SARAWAK SKAS 2026
Kerajaan Sarawak telah meningkatkan kadar bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi setiap kategori penerima sebanyak jumlah berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN SKAS |
|---|---|
| Isi Rumah | RM950 |
| Warga Emas | RM500 |
| Bujang | RM300 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SARAWAK SKAS
Semua penerima dari kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) melalui kaedah yang sama seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | MEDIUM PENERIMAAN |
|---|---|
| Tanpa tunai (Baucar Digital) | Aplikasi S Pay Global |
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SARAWAK SKAS
Kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online melalui laman web rasmi seperti berikut :
- Layari laman web rasmi di sini : https://sarawak.gov.my/.
- Klik [Check Eligibility ]
- Sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah. Jika anda masih belum ada akaun, sila rujuk cara pendaftaran SarawakID di bawah.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda
- Seterusnya, klik butang [Next].
- Klik pada [My Individual Account].
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Kemudian, klik [Search].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Sekiranya layak, sila kemaskini maklumat S Pay Global anda.
- Selesai.
CARA MOHON BANTUAN SARAWAK SKAS
Walaupun permohonan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak masih belum dibuka. Individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh kemukakan permohonan apabila dibuka. Ikuti panduan cara mohon yang mudah di bawah :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Keperluan Asas Sarawak di pautan ini :https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/.
- Kemudian, klik pada butang [Apply Online] di bawah.
- Klik pada butang [Sarawak ID Login].
- Masukkan [Sarawak ID] anda dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Klik pada permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
- Akhir sekali, klik butang [Hantar / Apply].
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), sila rujuk pihak berwajib melalui :
- Pusat Talian Rasmi : 08 2555 999
- E-mel Rasmi : [email protected]
- Laman Rasmi : https://ukas.sarawak.gov.my
- Facebook : https://web.facebook.com/unitkomunikasidanpenerangansarawak
PENAFIAN
Segala informasi yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah bertujuan untuk memudahkan carian dan capaian orang ramai berkaitan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang mana tajuk dan kata kunci ini berdasarkan carian orang ramai.
Melalui artikel ini juga, pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pembaca atau tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk info yang telah dikongsikan ini.
Pihak kami hanya merujuk sumber sahih di : https://ukas.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/29204