BANTUAN SARAWAK 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK (RM950 & RM500 & RM300)
Bermula tahun 2026, bantuan kewangan khas Kerajaan Sarawak melalui Program Sumbangan keperluan Asas Sarawak bakal ditingkatkan kepada RM640 juta dan akan memanfaatkan lebih 1 juta penerima rakyat Sarawak.
Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan sarawak 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN SKAS SARAWAK 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN & KATEGORI PENERIMA
Kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mestilah terdiri daripada :
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024;
Kategori Penerima
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; Tiada had umur |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan; Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; Berumur antara 21-59 tahun; Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa. |
| Warga Emas | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak; Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan Had umur 60 tahun dan ke atas |
CARA PELAKSANAAN BANTUAN SARAWAK 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 dilaksanakan seperti berikut :
- Bantuan kewangan secara tanpa tunai (cashless);
- Pembayaran setiap 4 bulan sekali (3 kali bayaran setahun).
- Kredit bantuan disalurkan melalui baucar digital yang boleh diakses melalui aplikasi S PAY GLOBAL (e-dompet);
- Boleh dibelanjakan oleh penerima untuk membeli barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar. Contoh : Makan asas : beras, tepung, minyak masak.
JUMLAH BANTUAN SARAWAK 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan diagihkan kepada penerima untuk setiap empat bulan sekali (tiga kali setahun) dengan jumlah sebanyak :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN SETIAP EMPAT BULAN | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM316 | RM950 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan dan Anak | RM166 | RM500 |
| Bujang | RM100 | RM300 |
KAEDAH PEMBAYARAN
Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) dilaksanakan seperti berikut :
| CARA TERIMA BANTUAN | PLATFORM |
|---|---|
| Baucar Digital | Aplikasi S Pay Global |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari laman web rasmi di sini : https://sarawak.gov.my/
- Klik [Semak Kelayakan]
- Sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
- Seterusnya, klik butang [Teruskan].
- Klik pada [Akaun Individu].
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Kemudian, klik [Carian].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Sekiranya layak, sila kemaskini maklumat S Pay Global anda.
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN SARAWAK 2026
Tarikh dan cara permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 belum diumumkan, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja diumumkan oleh Kerajaan Sarawak melalui Sumber dan Laman Sesawang Rasmi.
Untuk sebarang maklumat, anda juga boleh mengikut perkembangan semasa di laman Rasmi Sarawak di https://sarawak.gov.my/
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talian Khidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]
- Facebook : https://web.facebook.com/unitkomunikasidanpenerangansarawak/
- Laman Rasmi : https://ukas.sarawak.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://ukas.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/29204