BANTUAN SARA RM100 MYKAD : 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Kerajaan MADANI telah meningkatkan kadar peruntukan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) sebanyak RM2 billion untuk disalurkan ke dalam MyKad 22 juta rakyat dewasa Malaysia sebanyak RM100 setiap seorang sebagai tanda penghargaan di Hari Kebangsaan tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak Bantuan SARA RM100 dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN RM100 IC : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT PENERIMA BANTUAN SARA RM100 MYKAD
Bantuan SARA RM100 akan dikreditkan kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Terbuka kepada semua tanpa mengira pendapatan.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA RM100 MYKAD
Kesemua 22 juta penerima akan menerima bayaran Bantuan SARA dalam MyKad serentak pada tarikh berikut :
- 31 Ogos 2025 (Ahad).
*Bantuan SARA boleh digunakan pada bila-bila masa sehingga sebelum 31 Disember 2025 (Rabu).
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Status bayaran dan baki Bantuan SARA Dalam MyKad boleh disemak melalui dua (2) cara, iaitu :
- Secara manual / fizikal; atau
- Secara online (dalam talian).
Berikut adalah cara semakan secara manual / fizikal :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam; atau
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk; atau
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad.
- Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
Berikut pula cara semakan secara online (dalam talian) :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA RM100 MYKAD
Bermula 21 Ogos 2025 ini anda boleh membuat semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA Dalam MyKad mengikut panduan berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
KEGUNAAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Bayaran Bantuan SARA dalam MyKad adalah khas untuk penerima menggunakannya bagi pembelian barangan keperluan asas seperti senarai berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
*Pembelian hendaklah tidak melebihi RM100.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.