BANTUAN SARA RM100 2025 – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

BANTUAN SARA RM100 2025 – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Demi merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan dewasa, Kerajaan MADANI memperuntukan sebanyak RM2 billion untuk disalurkan kepada 22 juta rakyat melalui inisiatis Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) sebanyak RM100 setiap seorang penerima.

Bagaimanakah semakan status Bantuan SARA RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : LOG MASUK MYSARA : SEMAKAN STATUS RM100 ONE OFF 2025

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA 2025

Setiap kategori akan menerima bayaran Bantuan SARA Sekaligus (One-off) sebanyak jumlah berikut :

  • Bujang :
    • RM100 setiap seorang.
  • Berkeluarga / Isi Rumah :
    • RM100 suami;
    • RM100 isteri.
  • Warga Emas :
    • RM100 setiap seorang.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA RM100 2025

Kesemua penerima yang ‘Layak’ akan menerima bayaran Bantuan SARA sebanyak RM100 secara serentak pada tarikh 31 Ogos 2025 (Ahad) dan boleh menggunakannya pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh pada 31 Disember 2025 (Rabu).

CARA BAYARAN BANTUAN SARA RM100 2025

Kerajaan MADANI menyediakan inisiatif bayaran Bantuan SARA RM100 secara tanpa tunai (cashless) iaitu melalui pengkreditan terus ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima supaya rakyat Malaysia dapat menerima dan menggunakannya dengan mudah dan selamat.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA RM100 2025

Hanya individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut sahaja akan menerima Bantuan SARA RM100 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Bujang / Berkeluarga / Warga Emas;
  • Tidak mengira jumlah pendapatan.

SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA RM100 2025

Ikuti panduan cara semakan status sebagai penerima Bantuan SARA RM100 seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my.
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. ⁠Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  5. ⁠Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. ⁠Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. ⁠Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SARA

Berikut merupakan antara soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan SARA One-off :

S : Apakah kegunaan Bantuan SARA RM100?

J : Boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas seperti barang dapur, ubat-ubatan, produk kebersihan, alatan sekolah dan sebagainya.

S : Adakah Bantuan SARA RM100 dibayar setiap bulan?

J : Bantuan SARA RM100 hanya dibayar sekali sahaja kepada semua rakyat. Namun bayaran setiap bulan adalah khas untuk 5.4 juta penerima SARA sedia ada berstatus Miskin dan Miskin Tegar sahaja.

S : Bolehkah buat pengeluaran tunai Bantuan SARA RM100?

J : Tidak boleh. Bantuan SARA dikreditkan dalam Kad Pengenalan (MyKad) dan penerima hanya boleh membuat pembelian secara tanpa tunai dengan menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) sahaja.

S : Dimanakah boleh menggunakan Bantuan SARA RM100?

J : Di mana-mana kedai atau pasaraya yang terpilih mempunyai label ‘Sumbangan Asas Rahmah MyKasih’.

S : Bolehkah membeli barang keperluan melebihi Bantuan SARA RM100?

J : Sekiranya pembelian barangan keperluan asas melebihi Bantuan SARA RM100 yang ada dalam MyKad, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

1 thought on “BANTUAN SARA RM100 2025 – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG”

Leave a Comment