BANTUAN SARA 2026 SEMAKAN : CHECK STATUS KELULUSAN PEMOHON LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN DALAM MYKAD SECARA BULANAN
Berbaki beberapa hari sahaja lagi Bantuan SARA yang pertama untuk tahun 2026 bakal dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) seramai 8.1 juta penerima yang terdiri dari pelbagai kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.
Bagaimanakah semakan status kelulusan Bantuan SARA 2026? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR 2026 APPLICATION ONLINE : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1
APA ITU BANTUAN SARA?
Bantuan SARA iaitu Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan tambahan yang disediakan khas untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah bagi membantu memenuhi keperluan asas harian.
Inisiatif Bantuan SARA dikreditkan melalui satu (1) laluan sahaja iaitu melalui Kad Pengenalan (MyKad) penerima secara bulanan dan penerima boleh menggunakannya untuk beli barang-barang keperluan asas di lebih 10,000 kedai terpilih seluruh Malaysia.
JUMLAH BANTUAN SARA 2026
Masing-masing penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan SARA dengan jumlah yang berbeza bermula RM50 hingga RM200 setiap bulan seperti berikut :
- Penerima Miskin & Miskin Tegar :
- Isi Rumah : RM200 setiap bulan (RM2,400 setahun).
- Warga Emas : RM150 setiap bulan (RM1,800 setahun).
- Bujang : RM100 setiap bulan (RM1,200 setahun).
- Penerima Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah : RM100 setiap bulan (RM1,200 setahun).
- Warga Emas : RM50 setiap bulan (RM600 setahun).
- Bujang : RM50 setiap bulan (RM600 setahun).
TARIKH KREDIT BANTUAN SARA 2026
Seramai lebih 8.1 juta individu telah disahkan layak dan akan terima pengkreditan Bantuan SARA yang pertama untuk tahun 2026 bermula pada tarikh yang tertera seperti berikut :
- Isi Rumah & Warga Emas : 9 Januari 2026 (Jumaat).
- Bujang : 16 Januari 2026 (Jumaat).
*Pengkreditan seterusnya pada bulan Februari hingga Disember adalah pada setiap 1 hari bulan setiap bulan.
BANTUAN SARA 2026 SEMAKAN
Terdapat dua (2) platform yang disediakan untuk mudahkan rakyat membuat semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA. Berikut merupakan dua (2) platform yang boleh diakses secara percuma :
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Aplikasi MyKasih.
Ikuti kedua-dua cara semakan status seperti berikut :
- Semakan Melalui Portal Rasmi MyKasih :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
- Semakan Melalui Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]