BANTUAN SARA 2026 RM2400 : AKAN DIKREDIT MASUK KEPADA PEMOHON YANG LEPAS KELAYAKAN (CEK STATUS SEKARANG)
Jumlah bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang maksimum adalah sebanyak RM2,400 bakal dikreditkan kepada pemohon yang merupakan ketua isi rumah yang lepas kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.
Bagaimanakah cara cek kelayakan penerima Bantuan SARA RM2400? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
APA ITU BANTUAN SARA?
Bantuan SARA rasminya Sumbangan Asas Rahmah diperkenalkan sebagai bantuan tambahan yang khas kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah. Bantuan SARA sebanyak RM2,400 akan disalurkan pada setiap bulan bagi membantu ketua isi rumah menampung kos perbelanjaan barang keperluan harian.
Dengan Bantuan SARA, penerima boleh membeli barang keperluan harian seperti barang dapur, sabun mandian, sabun pencuci, lampin pakai buang, susu, alatan sekolah anak, ubat-ubatan dan sebagainya.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA RM2400
Kerajaan akan menyalurkan Bantuan SARA sebanyak RM2,400 khas kepada individu yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| KRITERIA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Status Diri | Ketua isi rumah (berkahwin ada / tiada anak) atau (ibu / bapa tunggal ada anak) |
| Tahap Pendapatan | Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa |
| Pendaftaran eKasih | Berdaftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih |
| Permohonan STR 2026 | Lulus ✅ |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2026 RM2400
Pembayaran Bantuan SARA sebanyak RM2,400 bukanlah sekaligus. Namun disalurkan secara ansur RM200 setiap bulan pada tarikh seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| 09 Januari 2026 | RM200 |
| 01 Februari 2026 | RM200 |
| 01 Mac 2026 | RM200 |
| 01 April 2026 | RM200 |
| 01 Mei 2026 | RM200 |
| 01 Jun 2026 | RM200 |
| 01 Julai 2026 | RM200 |
| 01 Ogos 2026 | RM200 |
| 01 September 2026 | RM200 |
| 01 Oktober 2026 | RM200 |
| 01 November 2026 | RM200 |
| 01 Disember 2026 | RM200 |
| = RM2,400 |
CEK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA 2026
Sudahkah anda mengetahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan SARA bagi tahun 2026? Jika belum, anda boleh membuat semakan status mengikut panduan seperti di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | https://www.sara.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di atas.
- Halaman utama laman web rasmi SARA akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Verify you are human].
- Klik pula pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT BANTUAN SARA
Jika informasi yang kami kongsikan dalam artikel ini tidak cukup lengkap, anda boleh rujuk pihak berwajib di bawah untuk mengetahui info labih lanjut berkaitan Bantuan SARA :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 7720 1800
- E-mel Rasmi SARA : [email protected]
- Laman Pertanyaan SARA : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.