BANTUAN SARA 2025 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN SARA 2025 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Kos sara hidup di serata dunia kini semakin meningkat termasuklah di Malaysia. Namun, kerajaan mewujudkan pelbagai bentuk bantuan untuk membantu rakyat dewasa Malaysia menghadapi peningkatan kos sara hidup termasuk dengan menyalurkan Bantuan SARA setiap bulan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : SENARAI BARANG BANTUAN MYKASIH : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN DALAM MYKAD

TARIKH BANTUAN SARA DISALURKAN 2025

Penyaluran Bantuan SARA adalah secara ansur setiap bulan mengikut tarikh berikut :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA 2025

Terdapat dua (2) kelayakan penerima Bantuan SARA pada tahun ini, iaitu :

  • SARA e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Bukan e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH BANTUAN SARA DISALURKAN 2025

  • Penerima SARA e-Kasih :
SESI BAYARANJUMLAH BANTUAN SARA
Pertama (1) :

15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
Isi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM100 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Kedua (2) :

01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Isi Rumah : RM200 sebulan
Warga Emas : RM150 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
  • Penerima SARA Bukan e-Kasih :
SESI BAYARANJUMLAH BANTUAN SARA
Kedua (2) :

01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Isi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM50 sebulan

BANTUAN SARA 2025 SEMAKAN STATUS

Semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA boleh dilakukan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi SARA.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment