BANTUAN SABAH RM300 2026 : CHECK STATUS ONLINE LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN SETIAP BULAN
Bagi menangani isu kemiskinan tegar di Negeri Sabah, salah satu usaha Kerajaan Negeri Sabah adalah melaksanakan Program Bantuan Bersasar melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat dengan pemberian bantuan kewangan secara berfasa.
Bagaimanakah check status bantuan sabah rm300 2026 online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
OBJEKTIF BANTUAN SABAH 2026
Tujuan utama pelaksanaan Bantuan Sabah di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH 2026
Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Kewarganegaraan | Warganegara Malaysia |
| Had Umur | Berumur 18 tahun ke atas |
| Status Penempatan | Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun |
| Tempat Kelahiran | Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah) |
| Kategori Penerima | Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) |
| Kadar Pendapatan | Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; |
JADUAL BAYARAN BANTUAN SABAH RM300
Setiap penerima yang layak akan terima kadar Bantuan SYUKUR Sabah seperti berikut :
| FASA | TEMPOH BAYARAN | KADAR PEMBAYARAN SERENTAK |
|---|---|---|
| Fasa 1 | Januari : RM300 Februari : RM300 Mac : RM300 (Januari – Mac) | RM900 |
| Fasa 2 | April : RM300 Mei : RM300 Jun : RM300 (April – Jun) | RM900 |
| Fasa 3 | Julai : RM300 Ogos : RM300 September : RM300 (Julai – September) | RM900 |
| Fasa 4 | Oktober : RM300 November : RM300 Disember : RM300 (Oktober – Disember) | RM900 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SABAH RM300
Pengkreditan bantuan kepada penerima adalah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akan bank penerima |
| Tiada Akaun Bank | Tuntutan Secara Tunai di Kaunter Bank |
| Mempunyai Aplikasi YONO Superapp | Pengkreditan dalam akaun e-Wallet (Aplikasi YONO Superapp) |
CHECK STATUS BANTUAN SABAH 2026 ONLINE
Status kelayakan penerima Bantuan Sabah secara online seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi PADANS di pautan berikut : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Portal Rasmi PADANS.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
INFO LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq