BANTUAN SABAH FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN SENTUHAN KASIH RM900

BANTUAN SABAH FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN SENTUHAN KASIH RM900

Fasa empat (4) adalah merupakan bayaran terakhir Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah bagi tahun 2025. Kira-kira hampir seramai 100,000 ribu rakyat yang merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) layak terima bayaran ini.

Bagaimanakah semakan status penerima bayaran Bantuan Sabah Fasa 4? Rujuk panduan lengkap semakan di bawah.

BACA JUGA : SEMAK TARIKH AKHIR PENGGUNAAN DUIT BANTUAN SARA 2025 : CHECK BILA TAMAT TEMPOH ANDA SEKARANG

JADUAL AGIHAN BANTUAN SABAH 2025

Agihan Bantuan Sabah dilaksanakan secara berperingkat selama empat (4) fasa berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Sabah seperti di bawah berikut :

PERINGKAT FASATARIKH AGIHAN
Fasa 1
‘Januari – Mac’
Februari 2025
Fasa 2
‘April – Jun’
April hingga Mei 2025
Fasa 3
‘Julai – September’
Ogos hingga September 2025
Fasa 4
‘Oktober – Disember’
Bermula 28 November 2025
hingga
Disember 2025

CARA AGIHAN BANTUAN SABAH 2025

Agihan Bantuan Sabah bukan disediakan dengan satu (1) cara sahaja. Malah Kerajaan Negeri Sabah mewujudkan tiga (3) cara agihan bagi memudahkan rakyat menerima bantuan setiap fasa.

Berikut adalah antara cara agihan Bantuan Sabah :

  1. Dibayar menerusi sistem Bank-in atas talian (Online) = IBG Fund Transfer terus ke dalam akaun bank penerima yang didaftarkan semasa permohonan.
  2. Dibayar terus di kaunter bank yang terlibat = Hanya bagi penerima yang tiada maklumat akaun bank atau memang tiada akaun bank yang aktif.
  3. Dikreditkan secara tanpa tunai melalui akaun e-Wallet YONO Superapp = Pilih bagi penerima yang ada akaun bank atau tiada akaun bank.

KADAR AGIHAN BANTUAN SABAH FASA 4 2025

Sebulan peruntukan diberikan sebanyak RM300. Namun, Kerajaan Sabah mengagihkan Bantuan Sabah secara berfasa setiap tiga (3) bulan dengan kadar sekaligus seperti berikut :

  • Agihan Fasa 4 :
    • Oktober RM300
    • November RM300
    • Disember RM300
      • Diagihkan RM900 sekaligus.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN SABAH

Untuk anda tahu adakah anda ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ terima bayaran Bantuan Sabah Fasa 4 dengan nilai sebanyak RM900, anda boleh membuat semakan status secara online melalui akaun bank berdaftar masing-masing atau melalui laman web berikut :

  1. Layari laman web rasmi SYUKUR di sini : https://syukur.sabah.gov.my.
  2. Halaman utama laman web rasmi SYUKUR akan dipaparkan.
  3. Klik butang [Teruskan] pada pemakluman terkini.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad*) anda pada ruangan yang disedikan.
  5. Kemudian, klik butang [Semak] di bawah.
  6. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

*NOTA : ⁠Sekiranya disahkan ‘LAYAK’, Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.

SOALAN LAZIM BANTUAN SABAH

  1. Adakah Bantuan Sabah dikreditkan sekaligus?
    • Bantuan Sabah dikreditkan secara berperingkat setiap 3 bulan.
  2. Bila tarikh bayaran Bantuan Sabah Fasa 4 2025?
    • Bayaran Bantuan Sabah untuk Fasa 4 adalah bermula pada 28 November 2025 dan berperingkat kepada 100,000 penerima.
  3. Bolehkah penerima yang tiada akaun bank mendapatkan Bantuan Sabah melalui aplikasi e-Wallet?
    • Ya, penerima perlu muat turun aplikasi YONO Superapp dan mohon Bantuan Sabah masuk dalam aplikasi e-Wallet tersebut.
  4. Adakah Bantuan Sabah digunakan untuk beli barang dapur dan bayar bil utiliti?
    • Ya boleh. Penerima boleh gunakan Bantuan Sabah untuk penuhi keperluan asas dan bayar bil utiliti.
  5. Adakah Bantuan Sabah RM900 boleh dipohon setiap tahun?
    • Setakat ini, Bantuan SYUKUR Sabah RM900 adalah bantuan sekali bayar yang diberikan pada tahun tertentu mengikut keperluan semasa dan keputusan kerajaan negeri.

INFO LANJUT

Sila hubungi talian rasmi pihak PADANS untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut berkaitan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) kerana pihak kami hanya menulis artikel ini untuk berkongsikan info terkini sahaja.

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment