BANTUAN SABAH FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN SABAH FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) Sabah pada tahun ini diteruskan bagi membantu rakyat di Negeri Sabah dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Majoriti individu tentunya menantikan maklumat terkini berkaitan bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 seperti tarikh bayaran, jumlah yang akan diterima dan sebagainya.

Artikel ini akan menerangkan maklumat-maklumat penting berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 2025.

BACA JUGA : SUMBANGAN 100 MYKAD : SEMAKAN STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK

BANTUAN SABAH FASA 3 2025

APA ITU BANTUAN SABAH?

Program Bantuan SYUKUR Sabah adalah sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Sabah yang diberikan kepada rakyat di Negeri Sabah bagi tujuan :

  • Meringankan beban kewangan rakyat.
  • Menyokong kos sara hidup isi rumah B40 dan M40 terpilih.
  • Memberi insentif secara berkala (fasa) sepanjang tahun 2025.

SIAPA YANG LAYAK?

Antara syarat kelayakn umum Bantuan SYUKUR Sabah adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Sabah.
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sebelum 31 Disember 2024.
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ dan bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya satu tahun.
  • KIR yang didaftarkan sebagai miskin atau miskin tegar dalam eKasih atau PADANS setakat 31 Disember 2024.
  • KIR yang belum tersenarai dalam eKasih tetapi mempunyai pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SABAH FASA 3 2025

Jumlah keseluruhan bayaran Bantuan SYUKUR Sabah bagi tahun 2025 adalah sebanyak RM3,600 setahun. Namun ianya dibayar dalam 4 fasa dengan setiap fasa sebanyak RM900 seperti jadual berikut :

PELAKSANAAN FASAJUMLAH BAYARAN
Fasa 1Januari – Mac : RM900
Fasa 2April – Jun : RM900
Fasa 3Julai – September : RM900
Fasa 4Oktober – Disember RM900

TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH FASA 3 2025

Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah akan dilaksanakan secara berfasa mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan SYUKUR Sabah bagi tahun 2025 :

PELAKSANAAN FASATARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
Fasa 1Februari 2025RM900
Fasa 2April – Mei 2025RM900
Fasa 3September 2025RM900
Fasa 4Oktober 2025RM900
*Tarikh bayaran Bantuan SYUKUR Sabah akan dimaklumkan kepada penerima melalui pesanan ringkas SMS.

CARA BAYARAN BANTUAN SABAH FASA 3 2025

Supaya penerima dapat menerima Bantuan SYUKUR Sabah dengan mudah, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) cara bayaran mengikut jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA BAYARAN
Ada akaun bankDikreditkan terus ke dalam akaun
bank penerima
Tiada akaun bankTuntutan tunai di kaunter terpilih
atau
Dikreditkan dalam e-Wallet YONO (untuk
memudahkan transaski tanpa tunai)

CARA SEMAKAN BANTUAN SABAH 2025

Untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak menerima Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 2025, anda boleh semak melalui Portal Rasmi PADANS. Ikuti panduan cara semakan status kelayakan seperti berikut :

  1. Layari laman Portal Rasmi PADANS ‘Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025’ di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Klik pada butang [Semak].
  5. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
    • Contoh : 7002301123345.
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SABAH

Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah :

  1. Bilakah tarikh bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3?
    • Bayaran Fasa 3 dijangka bermula pada bulan Ogos 2025 dan berperingkat sehingga September 2025.
  2. Berapakah jumlah bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 yang akan diterima?
    • Setiap penerima yang layak akan menerima sebanyak RM900 untuk Fasa 3 (sama setiap fasa).
  3. Berapakah jumlah penerima yang layak menerima Bantuan SYUKUR Sabah?
    • Bantuan SYUKUR Sabah disasarkan kepada 100,000 rakyat Negeri Sabah.
  4. Adakah bayaran Bantuan SYUKUR Sabah dimasukkan dalam akaun bank sedia ada?
    • ⁠Sekiranya disahkan LAYAK, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  5. Apakah yang boleh dibeli guna Bantuan SYUKUR Sabah?
    • Pelbagai bentuk barangan keperluan yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan SYUKUR Sabah.

MAKLUMAT LANJUT

Semua maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada laman web Portal Rasmi PADANS berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah. Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, sila hubungi pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment