BANTUAN SABAH 900 SEMAKAN : FASA 2 2025 SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

BANTUAN SABAH 900 SEMAKAN : FASA 2 2025 SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

Peratusan rakyat yang berpendatan di bawah garis kemiskinan semasa di Sabah adalah yang tertinggi. Oleh itu, Kerajaan Negeri Sabah memperuntukan sebanyak RM358.5 juta untuk disalurkan melalui program pembasmian kemiskinan (Bantuan SYUKUR Sabah) yang dilaksanakan sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima Bantuan Sabah RM900? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN TUNAI HASIL : FASA 3 SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN SABAH 900

Bantuan Sabah yang bernilai RM900 hanya dibayar kepada pemohon yang menepati kriteria kelayakan berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sebelum 31 Disember 2024.
  • Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’; atau
  • Bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  • KIR yang didaftarkan sebagai miskin atau miskin tegar dalam eKasih atau PADANS setakat 31 Disember 2024.
  • KIR yang belum tersenarai dalam eKasih tetapi mempunyai pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH 900

Pembayaran Bantuan Sabah RM900 setiap tiga (3) bulan sekali adalah pada tarikh berikut :

  • Fasa 1 (Januari – Mac 2025): Pembayaran bermula Februari 2025.
  • Fasa 2 (April – Jun 2025): Pembayaran bermula April hingga Mei 2025.
  • Fasa 3 (Julai – September 2025): Pembayaran bermula September 2025.
  • Fasa 4 (Oktober – Disember 2025): Pembayaran bermula Oktober 2025.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SABAH 900

Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) kaedah bayaran Bantuan Sabah bagi memudahkan penerima untuk menerima bantuan.

Berikut merupakan kaedah bayaran Bantuan Sabah RM900 :

  1. Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  2. Tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank; atau
  3. Dikreditkan melalui akaun e-Wallet di aplikasi YONO Superapp.

BANTUAN SABAH 900 SEMAKAN

Semak status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Sabah seperti panduan di bawah :

  1. Layari laman web rasmi SYUKUR Sabah di sini : https://syukur.sabah.gov.my.
  2. Halaman utama laman web rasmi SYUKUR akan dipaparkan.
  3. Klik butang [Teruskan] pada pemakluman terkini.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad*) anda pada ruangan yang disedikan.
  5. Kemudian, klik butang [Semak] di bawah.
  6. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

*NOTA : ⁠Sekiranya disahkan ‘LAYAK’, Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my.

Leave a Comment