BANTUAN SABAH 2025 RM900 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN SABAH 2025 RM900 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Majoriti kawasan di Negeri Sabah mempunyai peratusan rakyat yang berpendapatan rendah di bawah garis kemiskinan nasional. Oleh itu, sebagai tanda prihatin kerajaan terhadap rakyat Sabah, Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) disalurkan secara sekaligus setiap tiga (3) bulan sebanyak RM900.

Bagaimanakah semakan status kelayakan Bantuan Sabah RM900? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN EKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM200 SETIAP BULAN

JADUAL BAYARAN BANTUAN SABAH 2025 RM900

Bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah dijadualkan seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH PEMBAYARANJUMLAH BANTUAN
Pertama
(Januari – Mac)
Februari 2025RM900
Kedua
(April – Jun)
April – Mei 2025RM900
Ketiga
(Julai – September)
September 2025RM900
Keempat
(Oktober – Disember)
Oktober 2025RM900

JENIS BAYARAN BANTUAN SABAH RM900

Pembayaran Bantuan Sabah adalah melalui tiga (3) jenis bayaran, iaitu :

  • Dikreditkan secara automatik ke dalam akaun bank penerima; atau
  • Diberikan secara tunai kepada penerima tiada akaun bank; atau
  • Dikreditkan dalam e-Wallet YONO SuperApp.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH 2025

Kerajaan telah menetapkan kriteria kelayakan penerima Bantuan Sabah adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemegang MyKad Status H;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih satu (1) tahun;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas sebelum 31 Disember 2024; dan
  • Ketua Isi Rumah (KIR) tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH RM900

Ketahui status kelayakan penerima Bantuan Sabah RM900 melalui semakan seperti di bawah :

  1. Layari laman web rasmi SYUKUR di sini : https://syukur.sabah.gov.my.
  2. Halaman utama laman web rasmi SYUKUR akan dipaparkan.
  3. Klik butang [Teruskan] pada pemakluman terkini.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad*) anda pada ruangan yang disedikan.
  5. Kemudian, klik butang [Semak] di bawah.
  6. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://syukur.sabah.gov.my.

Leave a Comment