BANTUAN RM900 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SYUKUR SABAH 2025
Peruntukan sehingga RM358.5 juta adalah disasarkan kepada 100,000 ribu rakyat dewasa yang berkelayakan menerima bayaran secara berperingkat sebanyak RM900 setiap tiga (3) bulan sekaligus supaya dapat menampung perbelanjaan rakyat.
Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan RM900? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN MYKASIH 100 (2025 DAFTAR ONLINE)
PENGENALAN BANTUAN RM900
Bantuan tunai yang dibayar sebanyak RM900 adalah diperkenalkan ‘Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah’ atau ‘SYUKUR Sabah’ yang bertujuan untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan miskin dan miskin tegar yang memerlukan.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM900
Berikut merupakan kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk menerima Bantuan SYUKUR Sabah :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sebelum 31 Disember 2024.
- Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ dan bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
- KIR yang didaftarkan sebagai miskin atau miskin tegar dalam eKasih atau PADANS setakat 31 Disember 2024.
- KIR yang belum tersenarai dalam eKasih tetapi mempunyai pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
TARIKH PELAKSANAAN BAYARAN BANTUAN RM900
Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah adalah dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual berikut :
PERINGKAT PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 (Januari – Mac) | Bermula Februari 2025 |
Fasa 2 (April – Jun) | Bermula April hingga Mei 2025 |
Fasa 3 (Julai – September) | Bermula September 2025 |
Fasa 4 (Oktober – Disember) | Bermula Oktober 2025 |
CARA PELAKSANAAN BAYARAN BANTUAN RM900
Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah dilaksanakan melalui tiga (3) cara, iaitu :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank; atau
- Dikreditkan melalui akaun e-Wallet di aplikasi YONO Superapp.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM900
Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima, ikuti cara semakan status seperti berikut :
- Layari laman Portal Rasmi Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Selesai.
*NOTA : Sekiranya disahkan ‘LAYAK’, Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my.