BANTUAN RM300 DALAM IC : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan IC, kini diperluas ke semua Negeri dalam Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan bagi membolehkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai.
Bagaimanakah semakan bantuan rm300 dalam ic? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CHECK STATUS MYKASIH ONLINE (2025 BANTUAN)

APA ITU BANTUAN DALAM IC?
Bantuan dalam IC merujuk kepada Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dimana bantuan disalurkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam IC (Kad Pengenalan).
Pelaksanaan bantuan dalam IC seperti berikut :
- Penyaluran kredit bantuan secara tanpa tunai melalui IC (Kad Pengenalan);
- Disalurkan setiap bulan;
- Khusus untuk membeli barangan keperluan asas;
- Pembayaran dilakukan dengan menggunakan IC (Kad Pengenalan) di kedai runcit atau pasar raya berdaftar di bawah Program SARA.
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus eKasih;
- Tersenarai dalam data eKasih (Miskin dan Miskin Tegar);
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
SEMAKAN STATUS
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN DALAM IC
- Penerima STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Penerima STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
TARIKH LUPUT BANTUAN DALAM IC
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 adalah seperti berikut :
JENIS PENERIMA | TARIKH BAYARAN | TARIKH LUPUT/TAMAT |
---|---|---|
Penerima STR & eKasih | Bermula Januari sehingga Disember 2025 | 31 Ogos 2025 |
Penerima STR Sahaja | Bermula April sehingga Disember 2025 | 31 Ogos 2025 |
SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan
SENARAI KEDAI BERDAFTAR
Lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk pasar raya besar seperti:
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- Pacific;
- Lotus Stores (Tesco);
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA TEBUS BANTUAN RM300 GUNA IC
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih (SARA) 2025:
- Adakah bantuan RM300 ini dalam bentuk tunai?
- Tidak. Bantuan MyKasih disalurkan secara tanpa tunai melalui IC penerima untuk membeli barangan asas.
- Bagaimana cara semakan kelayakan bantuan ini?
- Anda boleh menyemak status kelayakan secara online di Portal Rasmi SARA.
- Bila bantuan RM300 dalam IC ini mula diberikan?
- Bayaran disalurkan ke dalam IC penerima setiap bulan sepanjang tahun 2025, dengan kadar bulanan yang disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima.
- Di mana saya boleh guna MyKad untuk tebus bantuan ini?
- Di lebih 7,300 kedai runcit dan pasar raya berdaftar di bawah Program SARA.
- Apa perlu dibuat jika status semakan “Tidak Layak”?
- Anda boleh kemas kini maklumat di portal STR atau eKasih, atau membuat rayuan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.
INFO LANJUT
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]