BANTUAN RM200 DALAM MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Ketua isi rumah (KIR) yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan (PGK) semasa layak untuk menerima tambahan sebanyak RM100 dan menjadikan jumlah keseluruhan Bantuan Dalam MyKad sebanyak RM200 setiap bulan.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan RM200 Dalam MyKad? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA SEMAKAN SARA MYKASIH : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
TARIKH KREDIT BANTUAN RM200 DALAM MYKAD 2025
Berikut merupakan tarikh kredit Bantuan Dalam MyKad bagi sepanjang tahun 2025 :
BIL. | TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 01/04/2025 (Selasa) | RM200 |
2. | 01/05/2025 (Khamis) | RM200 |
3. | 01/06/2025 (Ahad) | RM200 |
4. | 01/07/2025 (Selasa) | RM200 |
5. | 01/08/2025 (Jumaat) | RM200 |
6. | 01/09/2025 (Isnin) | RM200 |
7. | 01/10/2025 (Rabu) | RM200 |
8. | 01/11/2025 (Sabtu) | RM200 |
9. | 01/12/2025 (Isnin) | RM200 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM200 DALAM MYKAD 2025
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan Dalam MyKad boleh semak melalui pautan di bawah :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Ikuti cara semak baki Bantuan Dalam MyKad seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Ikuti cara guna Bantuan Dalam MyKad untuk pembelian :
- Kunjungi kedai atau pasaraya terpilih yang berhampiran (Senarai Kedai Terpilih).
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Bujang