BANTUAN RM100 SEBULAN 2025 : SEMAKAN STATUS

BANTUAN RM100 SEBULAN 2025 : SEMAKAN STATUS

Satu lagi inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI iaitu Bantuan SARA yang disalurkan pada setiap bulan bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam perbelanjaan keperluan asas setiap bulan.

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA RM100 sebulan, sila rujuk penjelasan di bawah.

BACA JUGA : PENGHARGAAN SARA SEMAK – ADAKAH ANDA BERKELAYAKAN – CEK SEGERA

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM100 SEBULAN 2025

Hanya individu atau keluarga yang memenuhi syarat serta kriteria kelayakan yang ditetapkan sahaja ‘Layak’ untuk menerima Bantuan SARA setiap bulan. Berikut merupakan syarat serta kriteria kelayakan penerima Bantuan SARA setiap bulan :

KATEGORI PENERIMAKETERANGAN KELAYAKAN
WarganegaraHanya Warganegara Malaysia
Penerima STR eKasihMiskin dan miskin tegar berdasarkan rekod
data eKasih
Penerima STR bukan eKasihMiskin dan bukan miskin tidak tersenarai
dalam rekod data eKasih
Status PerkahwinanIsi Rumah berpasangan / tunggal,
Warga Emas tanpa pasangan,
Bujang / balu / duda / janda
Sekiranya anda memenuhi kelayakan di atas, Bantuan SARA akan dibayar secara automatik tanpa perlu kemukakan permohonan.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SETIAP BULAN 2025

Jumlah Bantuan SARA yang dibayar setiap bulan adalah bergantung kepada status dan kategori penerima. Berikut merupakan jumlah bayaran yang akan diterima oleh setiap kategori pada setiap bulan :

Bayaran Bantuan Sebulan Untuk Penerima Daftar STR & eKasih
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BULANAN (RM)
Isi Rumah Berpasangan
atau
Isi Rumah Tunggal
RM100 sebulan (Jan – Mac)
RM200 sebulan (Apr – Dis)
Warga Emas
Tanpa Pasangan
RM100 sebulan (Jan – Mac)
RM150 sebulan (Apr – Dis)
Bujang / Balu / Duda / JandaRM50 sebulan (Jan – Dis)
Bayaran Bantuan Sebulan Untuk Penerima Daftar STR Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BULANAN (RM)
Isi Rumah Berpasangan
atau
Isi Rumah Tunggal
RM100 sebulan (Apr – Dis)
Warga Emas
Tanpa Pasangan
RM50 sebulan (Apr – Dis)
Bujang / Balu / Duda / Janda

JADUAL BAYARAN BANTUAN RM100 SEBULAN 2025

Setiap bulan Bantuan SARA akan dibayar kepada penerima yang ‘Layak’ mengikut jadual yang telah disusun oleh Kementerian Kewangan (MOF). Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan SARA setiap bulan mengikut status penerima :

TARIKH BAYARAN
BANTUAN SARA BULANAN
(PENERIMA STR DAN EKASIH)
TARIKH BAYARAN
BANTUAN SARA BULANAN
(PENERIMA STR BUKAN EKASIH)
15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 20251 April 2025
1 Mei 20251 Mei 2025
1 Jun 20251 Jun 2025
1 Julai 20251 Julai 2025
1 Ogos 20251 Ogos 2025
1 September 20251 September 2025
1 Oktober 20251 Oktober 2025
1 November 20251 November 2025
1 Disember 20251 Disember 2025

CARA BAYARAN BANTUAN RM100 SEBULAN 2025

Pembayaran Bantuan SARA setiap bulan bukanlah dibayar secara tunai atau pengkreditan tunai dalam akaun bank. Namun ianya dibayar melalui cara berikut kepada setiap penerima di seluruh negara :

NEGERI PENERIMACARA BAYARAN BANTUAN BULANAN
Semenanjung MalaysiaDibayar setiap bulan secara tanpa tunai
melalui pengkreditan terus ke dalam
akaun Kad Pengenalan penerima yang
boleh digunakan untuk beli keperluan asas
Sabah, Sarawak & W.P LabuanDibayar setiap bulan secara tanpa tunai
melalui pengkreditan terus ke dalam
akaun Kad Pengenalan penerima yang
boleh digunakan untuk beli keperluan asas

CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 SEBULAN 2025

Status kelayakan penerima Bantuan SARA setiap bulan boleh disemak secara atas talian (online) sahaja melalui aplikasi rasmi. Berikut merupakan panduan cara semakan status yang mudah :

  1. Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
  2. Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
  3. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  4. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  6. Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  7. Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
  8. Kemudian, klik butang [CONTINUE].
  9. Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status kelayakan.
  10. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  11. Masukkan nombor IC pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
  12. Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
  13. Status kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SARA BULANAN

Berikut merupakan soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan SARA bulanan :

  1. Bagaimanakah cara mohon Bantuan SARA setiap bulan?
    • Tiada permohonan diperlukan kerana ianya diberikan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang merupakan penerima STR dan / atau tersenarai di bawah data eKasih.
  2. Adakah semua rakyat dewasa layak terima Bantuan SARA setiap bulan?
    • Hanya 5.4 juta sahaja rakyat dewasa yang terpilih menerima Bantuan SARA setiap bulan pada tahun 2025.
  3. Apakah akan terjadi sekiranya Bantuan SARA pada bulan lalu tidak digunakan?
    • Bantuan SARA atau baki pada bulan lalu akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama elaun bulan semasa.
  4. Bilakah tarikh akhir guna Bantuan SARA setiap bulan?
    • Bantuan SARA setiap bulan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025 (Rabu).
  5. Bolehkah Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad setiap bulan dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. Penerima hanya boleh menggunakannya untuk bayaran barang keperluan asas secara tanpa tunai sahaja.

RUJUKAN

Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada laman web rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah bulanan. Anda boleh rujuk pihak berwajib di talian 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang) atau E-mel : [email protected] sekiranya mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan bantuan di atas.

Leave a Comment