BANTUAN RM100 ONE OFF DALAM IC 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

BANTUAN RM100 ONE OFF DALAM IC 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia, Kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM100 melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan menerusi Kad Pengenalan (IC) penerima.

Bagaimanakah semakan status kelayakan Bantuan RM100 one off dalam IC? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA UNTUK SEMUA : (RM100 ONE OFF) SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

APA ITU BANTUAN RM100 ONE OFF DALAM IC 2025

Bantuan yang dikreditkan dalam IC adalah merupakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan kepada semua rakyat dewasa Malaysia secara one-off (sekaligus) khas untuk pembelian barangan asas di 4,100 kedai terpilih.

TARIKH KREDIT BANTUAN RM100 ONE OFF DALAM IC 2025

Pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 akan dikreditkan dalam kad pengenalan (IC) semua rakyat dewasa Malaysia secara one-off (sekaligus) bermula pada 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM100 ONE OFF DALAM IC

Berikut merupakan kelayakan penerima Bantuan RM100 one-off yang ditetapkan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN RM100 ONE OFF DALAM IC 2025

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan RM100 one-off dalam IC, ikuti cara semakan berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA TEBUS GUNA BANTUAN RM100 DALAM IC 2025

Ikuti cara tebus Bantuan RM100 dalam IC :

  1. Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
  3. Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
  5. Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
  6. Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.

*Pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment