BANTUAN RM100 MYKAD TERBARU – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Transaksi peruntukan sebanyak RM2 billion disalurkan menerusi akaun Kad Pengenalan (MyKad) 22 juta rakyat supaya mudah untuk diterima dan digunakan. Ini membolehkan bantuan diagihkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat, tanpa sebarang ketirisan.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak Bantuan RM100 MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN ASAS RAHMAH 100 – SEMAK KELAYAKAN ANDA SEGERA
TARIKH KREDIT BANTUAN RM100 MYKAD
Pelaksanaan bayaran Bantuan RM100 dalam MyKad adalah mengikut tarikh berikut :
PELAKSANAAN | TARIKH |
---|---|
Program Bermula | 31 Ogos 2025 (Ahad) |
Program Berakhir | 31 Disember 2025 (Rabu) |
SYARAT LAYAK BANTUAN RM100 MYKAD TERBARU
Secara automatik Bantuan RM100 akan dikreditkan dalam MyKad penerima yang memenuhi syarat berikut :
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Had umur 18 tahun dan ke atas (sehingga 31 Julai 2025);
- Status bujang / berkahwin.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN RM100 MYKAD TERBARU
Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan RM100 Dalam MyKad, ikuti cara semakan status berikut :
- Sila layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama ‘Penghargaan SARA ‘ akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100One-off.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Nama Program | Penghargaan SARA |
Status | Layak |
Tarikh Program Bermula | 31/08/2025 |
Tarikh Program Berakhir | 31/12/2025 |
Baki (RM) | 100.00 |
LANGKAH BELI GUNA BANTUAN MYKAD RM100
Berikut merupakan langkah-langkah pembelian dengan menggunakan Bantuan MyKad RM100 :
- Kunjungi kedai runcit atau pasar raya yang terpilih berhampiran.
- Pilih barang keperluan asas yang diperlukan (mempunyai label ‘SARA MyKasih’).
- Pergi ke kaunter yang menerima bayaran guna MyKad.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk mengesahkan sebagai ‘Penerima SARA MyKasih’.
- Barang keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
- Bayaran akan disahkan menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN MYKAD
Soalan-soalan lazim (faq) yang sering ditanya berkaitan Bantuan Dalam MyKad :
- Bolehkah Bantuan RM100 dalam MyKad digunakan untuk bayar tol atau pengangkutan awam?
- Tidak boleh. Ianya hanya boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas.
- Apakah barang keperluan asas yang boleh dibeli guna Bantuan RM100 MyKad?
- Antara barang keperluan asas yang boleh dibeli adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
- Bolehkah buat pengeluaran tunai Bantuan RM100 dalam MyKad?
- Tidak boleh. Ianya perlu digunakan untuk pembelian secara tanpa tunai.
- Adakah perlu memohon Bantuan RM100 dalam MyKad?
- Bantuan RM100 akan dikreditkan dalam MyKad penerima yang layak secara automatik tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan.
RUJUKAN
Informasi di dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Laman Portal Rasmi MyKasih (SARA). Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan MyKad di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]