BANTUAN RM100 MYKAD SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Seramai 22 juta rakyat Malaysia akan menerima pengkreditan one-off secara individu, termasuk 5.4 juta penerima sedia ada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan dilaksanakan pada 31 Ogos 2025.
Bagaimanakah semakan layak atau tidak bantuan mykad rm100? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN RM100 2025 (keyword) : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA
SIAPAKAH LAYAK BANTUAN MYKAD 2025
Kelayakan penerima SARA STR 2025, untuk setiap bulan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Kelayakan penerima SARA RM100 ONE-OFF 2025 (Sekali Bayaran) adalah seperti berikut:
- Setiap Warganegara Malaysia;
- Berusi 18 tahun ke atas, tanpa mengira pendapatan;
SARA ONE-OFF sebanyak RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia pada 31 Ogos 2025, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
KADAR KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan dalam MyKad penerima adalah seperti berikut:
- Penerima Lulus STR & Berstatus eKasih
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
| Bujang | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Penerima Lulus STR & Bukan eKasih
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Tambahan SARA ONE-OFF (SEKALI BAYAR) sebanyak RM100 akan disalurkan terus kepada setiap penerima melalui MyKad pada 31 Ogos 2025.
MANFAAT BANTUAN RM100 MYKAD
Bantuan SARA RM100 ONE-OFF atau SARA STR yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara seperti berikut:
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Minuman;
- Makanan dalam Tin;
- Bahan Perasa;
- Produk Kebersihan;
- Ubat-ubatan; dan
- Peralatan Sekolah
TEMPOH SAH KREDIT BANTUAN RM100 MYKAD
Kredit SARA STR atau SARA ONE-OFF RM100 yang disalurkan, boleh digunakan pada bila-bila masa, dan baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan SAH sehingga 31 Disember 2025.
CARA SEMAKAN LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN RM100 MYKAD ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi SARA; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semakan di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semakan di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Penerima sedia ada SARA STR boleh membuat semakan status kelayakan bayaran bulanan pada bila-bila masa. Bagi bantuan SARA ONE-OFF RM100 pula, kelayakan boleh disemak mulai 21 Ogos 2025.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara