SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD SARA (2025)
Seramai 22 Juta Rakyat Malaysia disahkan layak menerima bantuan RM100 SARA terkini yang disalurkan terus ke dalam MyKad penerima untuk dibelanjakan di kedai-kedai berdaftar.
Bagaimanakah semakan bantuan rm100 mykad sara? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN ONLINE BANTUAN WARGA EMAS (RM600 SETIAP BULAN)

APA ITU BANTUAN RM100 MYKAD SARA?
Bantuan RM100 MyKad SARA merupakan :
- Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
- Kredit disalurkan terus ke dalam MyKad penerima;
- Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai berdaftar di bawah Program SARA.
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
SARA Bulanan
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
SARA ONE-OFF
- Semua Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
JUMLAH BAYARAN
Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA BERSTATUS EKASIH | SARA BULANAN | SARA ONE-OFF (SEKALI BAYAR) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) | RM100 ONE-OFF |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) | RM100 ONE-OFF |
Bujang | RM50 (Januari – Disember) | RM100 ONE-OFF |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA BUKAN EKASIH | SARA BULANAN | SARA ONE-OFF (SEKALI BAYAR) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100 (April – Disember) | RM100 ONE-OFF |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 (April – Disember) | RM100 ONE-OFF |
Bujang | – | RM100 ONE-OFF |
TARIKH BAYARAN
Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN SARA BULANAN | TARIKH BAYARAN SARA ONE-OFF | TARIKH LUPUT/TAMAT PROGRAM |
---|---|---|---|
Lulus STR & BERSTATUS eKasih | Bermula 15 Januari sehingga Disember 2025 | 31 Ogos 2025 | 31 Disember 2025 |
Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih) | Bermula 1 April sehingga Disember 2025 | 31 Ogos 2025 | 31 Disember 2025 |
Baki SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya sehingga tarikh akhir penggunaan pada 31 Disember 2025.
KELEBIHAN BANTUAN RM100 MYKAD SARA
Berikut merupakan beberapa manfaat melalui pengkredit bantuan dalam MyKad:
- Mudah dan Cepat : Penerima tidak perlu bawa wang tunai, dan transaksi pembayaran hanya dengan MyKad.
- Lebih Telus : Bantuan ini dapat digunakan secara telus khusus untuk barangan yang diluluskan.
BANTUAN RM100 MYKAD SARA
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:
- Siapa yang layak menerima Bantuan RM100 ONE-OFF MyKad SARA?
- Semua warganegara Malaysia dewasa berusia 18 tahun ke atas akan secara automatik layak menerima bantuan ini.
- Adakah bantuan ini berbentuk tunai?
- Tidak. Ia dikreditkan ke dalam MyKad penerima, khusus untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan di kedai yang berdaftar.
- Bolehkah baki RM100 dipindahkan ke akaun bank?
- Tidak boleh. Baki hanya sah digunakan untuk membeli barangan asas menggunakan MyKad.
- Berapa lama tempoh sah bantuan ini?
- Bantuan RM100 sah digunakan bermula tarikh pengkreditan bayaran ke dalam MyKad sehingga akhir tahun 2025 (31 Disember 2025).
- Di mana boleh semak senarai kedai MyKasih berhampiran?
- Senarai kedai terkini boleh disemak di Portal Rasmi sara.gov.my atau Aplikasi MyKasih.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]