BANTUAN RM100 MYKAD 2025 SEMAKAN : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Seramai hampir 5.4 juta rakyat di Malaysia layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan setiap bulan sehingga akhir tahun 2025 dengan jumlah bayaran yang diterima berdasarkan kategori kelayakan penerima.
Bagaimanakah semakan bantuan dalam rm100 mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MYKASIH 2025 CARA SEMAKAN : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA
APA ITU BANTUAN RM100 MYKAD 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih merupakan bantuan secara tanpa tunai (cashless) yang disalurkan setiap bulan kepada penerima ke dalam MyKad/IC (Kad Pengenalan).
Melalui penyaluran kredit ke MyKad, penerima boleh menggunakan kredit SARA tersebut untuk membeli barangan keperluan asas terpilih seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar tanpa melibatkan wang tunai, dan hanya menggunakan MyKad.
SIAPAKAH LAYAK BANTUAN RM100 MYKAD 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA 2025 setiap bulan:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Nota Tambahan: Bantuan SARA one-off (sekali bayaran) sebanyak RM100 akan dilaksanakan bermula 31 Ogos 2025 kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan.
KADAR BAYARAN DISALURKAN DALAM MYKAD
Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad bermula April – Disember 2025 seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | PENERIMA BERSTATUS EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
---|---|---|
Isi Rumah | RM200/bulan | RM100/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150/bulan | RM50/bulan |
Bujang | RM50/bulan | – |
Nota : Pada 31 Ogos 2025, semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan atau status akan menerima Bantuan SARA one-off (sekali bayaran) sebanyak RM100 sempena sambutan Hari Kebangsaan.
CARA GUNA BANTUAN RM100 MYKAD 2025
Penerima boleh menggunakan kredit SARA untuk pembelian barangan keperluan asas di 4,100 kedai berdaftar seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima. Berikut merupakan senarai kedai berdaftar SARA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN RM100 MYKAD 2025
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semak di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semak di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara