BANTUAN RM100 IC 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN SEKARANG

BANTUAN RM100 IC 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN SEKARANG

Tanpa perlu mengemukakan sebarang permohonan, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dikreditkan secara automatik ke dalam IC (Identity Card) / Kad Pengenalan dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan RM100 IC? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA SEMAK BANTUAN MYKASIH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA

JADUAL KREDIT BANTUAN RM100 IC 2025

Pengkreditan Bantuan MyKasih dalam IC adalah mengikut jadual berikut :

JENIS PENERIMAANTARIKH KREDIT
Setiap bulan15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025
Sekaligus (One-off)31 Ogos 2025

KEGUNAAN BANTUAN RM100 IC 2025

Antara kegunaan Bantuan MyKasih dalam IC adalah untuk pembelian barangan berikut :

  • Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

*Nota : pembelian hendaklah tidak melebihi jumlah bantuan RM100.

CARA GUNA BANTUAN RM100 IC 2025

Semua penerima perlu menggunakan Bantuan dalam IC seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
  3. Tunjukkan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  4. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama IC) kepada nombor Pin baharu.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan IC dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM100 IC 2025

Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Bantuan dalam IC seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN RM100 IC 2025

Bagi yang ingin mengetahui status bayaran Bantuan dalam IC, ikuti cara semakan berikut :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Status bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah Dalam IC akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment