BANTUAN RAHMAH RM100 MYKAD : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK
Seramai 22 Juta rakyat dewasa Malaysia yang layak bantuan RM100 melalui MyKad kini boleh menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas di Kedai berdaftar sebelum tempoh program tamat.
Bagaimanakah semak status kelayakan bantuan rahmah rm100 mykad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: EKASIH SEMAKAN 100 : KELAYAKAN TERIMA BANTUAN DALAM IC

APA ITU BANTUAN RAHMAH RM100 MYKAD?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 one-off merupakan:
- Bantuan Khas Kerajaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan;
- Dilaksanakan di bawah Program SARA;
- Disalurkan secara one-off (Sekali Bayar) melalui MyKad;
- Khusus untuk perbelanjaan barangan keperluan asas di kedai berdaftar SARA.
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
TARIKH KREDIT BAYARAN
Pelaksanaan Program SARA adalah seperti berikut:
TARIKH KREDI BAYARAN | TARIKH AKHIR PENGGUNAAN | AMAUN BAYARAN |
---|---|---|
31 Ogos 2025 (Ahad) | 31 Disember 2025 (Rabu) | RM100 ONE-OFF |
Baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan SAH sehingga 31 Disember 2025.
BANTUAN RAHMAH RM100 MYKAD
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN RAHMAH RM100 MYKAD
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Nota: anda tidak perlu mengeluarkan wang tunai kerana bayaran ditolak terus daripada baki kredit SARA di dalam MyKad anda.
BARANGAN YANG BOLEH DIBELI?
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak
- Tepung;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Minuman;
- Makanan dalam Tin;
- Bahan Perasa;
- Produk Kebersihan Diri;
- Barang Kebersihan Rumah;
- Ubat-Ubatan;
- Barang Keperluan Sekolah;
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA RM100
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA RM100:
- Siapa layak dapat bantuan RM100 MyKad?
- Semua rakyat dewasa Malaysia berusia 18 tahun ke atas secara automatik akan menerima bayaran melalui MyKad.
- Adakah perlu buat permohonan?
- Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad anda tanpa sebarang permohonan diperlukan.
- Adakah boleh keluarkan sebagai duit tunai?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya dibenarkan untuk pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad.
- Bagaimanakah cara semakan baki sama ada masih ada atau sudah habis digunakan?
- Semakan Baki boleh dilakukan secara online di Portal SARA atau Aplikasi MyKasih, atau melaluir resit pembayaran menggunakan MyKad.
- Bila tarikh akhir penggunaan bantuan RM100?
- Tarikh penggunaan RM100 ONE-OFF adalah sehingga 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]