BANTUAN MYSTR FASA 1 2026 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LULUS ATAU GAGAL TERIMA BAYARAN
Hanya pemohon yang berjaya memohon atau mengemaskini permohonan sebelum 28 November 2025 boleh menyemak status sama ada lulus atau gagal mendapatkan bayaran Bantuan MySTR untuk Fasa 1 tidak lama lagi.
Bagaimanakah cara semakan status Bantuan MySTR Fasa 1? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN STR 2026 DIBAYAR : SEMAK JUMLAH PEMBAYARAN AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK
CARA PENERIMAAN BANTUAN MYSTR
Terdapat dua (2) cara penerimaan Bantuan MySTR yang mudah :
đą Pengkreditan Tunai Melalui Internet Banking :
- Penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima Bantuan MySTR melalui akaun bank yang dikreditkan dengan sistem ‘IBG Fund Transfer‘.
đĻ Pembayaran Tunai Melalui Kaunter Bank :
- Penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ perlu menuntut bayaean tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
JUMLAH BANTUAN MYSTR FASA 1 2026
Masing-masing kategori akan terima Bantuan MySTR untuk Fasa 1 berjumlah sebanyak berikut :
đŠââ¤ī¸âđ¨ Bayaran Fasa 1 Untuk Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah B40 :
- Tiada anak : RM150
- 1 – 2 anak : RM300
- 3 – 4 anak : RM450
- >5 anak : RM500
- Isi Rumah M40 :
- Tiada anak : RM50
- 1 – 2 anak : RM100
- 3 – 4 anak : RM150
- >5 anak : RM250
đ§ Bayaran Fasa 1 Untuk Kategori Bujang :
- Bujang Berumur 60 tahun ke atas :
- RM150
- Bujang Berumur 21 – 59 tahun :
- Tiada.
TARIKH BANTUAN MYSTR FASA 1 2026
Semua penerima sedia ada dan pemohon baharu yang disahkan lulus akan terima bayaran Bantuan MySTR untuk Fasa 1 pada :
âŠī¸ Fasa 1 dijangka akan dibayar sebelum perayaan Tahun Baru Cina.
Namun, tarikh bayaran Fasa 1 akan di update semula mengikut tarikh sebenar yang akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSTR 2026
Untuk mengetahui sama ada permohonan Bantuan MySTR anda lulus atau gagal menerima bayaran Fasa 1, anda boleh menyemak secara online mengikut panduan yang tertera di bawah :
â Pautan Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Sila klik pada pautan rasmi MySTR yang tertera di atas đ
- Anda akan dibawa ke halaman utama MySTR.
- Untuk semakan, klik butang [Log Masuk].
- Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruang tersebut.
- Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan nama anda.
- Jika paparan nama tersebut betul, klik [Ya].
- Masukkan Kata Laluan dengan huruf dan simbol yang anda tetapkan.
- Klik pula pada butang [Log Masuk].
- Dashboard MySTR akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
PERINCIAN LANJUT MYSTR
Dalam artikel ini pihak kami hanya menulis serba sedikit maklumat Bantuan MySTR untuk tahun 2026. Jika anda ingin mendapatkan perincian lebih lanjut berkaitan Bantuan MySTR, anda boleh hubungi talian rasmi yang tertera di bawah :
- Talian MySTR HASiL : 1800 88 2747
- Talian MySTR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566