BANTUAN MYSALAM 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Perlindungan takaful percuma di bawah Tabung Amanah mySalam adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.
Bagaimanakah semak kelayakan Bantuan mySalam? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH PENYALURAN SABAH : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN FASA 2
APA ITU BANTUAN MYSALAM 2025
MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.
Antara manfaat MySalam adalah pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.
SENARAI MANFAAT BANTUAN MYSALAM
Antara manfaat Bantuan mySalam adalah :
- Manfaat Hospitalisasi :
- Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari dan terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun.
- Manfaat Penyakit Kritikal :
- Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, penerima boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSALAM
Bantuan mySalam diberikan khas kepada yang memenuhi syarat kelayakan berikut :
- Kategori B40 dan ke bawah;
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun; dan
- Individu bujang dan OKU berumur antara 40 hingga 65 tahun dengan pendapatan setahun kurang RM24,000.
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYSALAM
Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan mySalam, ikuti panduan semakan kelayakan berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi mySalam di sini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
- Halaman utama mySalam akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk Ke Portal].
- Masukkan nombor kad pengenalan mengikut format yang betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, masukkan kata laluan yang telah ditetapkan.
- Klik butang [Log Masuk].
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- klik pada butang [Semakan Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySalam, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- E-mel : [email protected]; atau
- Hubungi talian MySalam : 1 300 888 938
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.