BANTUAN MYKASIH STR 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

BANTUAN MYKASIH STR 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Pelbagai bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan pada tahun 2025 kepada rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan yang berpendapatan sederhana (M40), antaranya Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta bantuan tambahan.

Bagaimanakah semakan status Bantuan MyKasih STR? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKAD MYKASIH 2100 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN MYKASIH STR 2025

Sebahagian daripada penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) layak untuk menerima bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) pada setiap bulan.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH STR 2025

Setiap penerima Bantuan STR yang berdaftar dengan e-Kasih dan bukan e-Kasih akan menerima Bantuan MyKasih dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :

JUMLAH BANTUAN MYKASIH
(PENERIMA STR DAFTAR E-KASIH)
JUMLAH BANTUAN MYKASIH
(PENERIMA STR BUKAN E-KASIH)
Isi Rumah : RM2,100/setahunIsi Rumah : RM900/setahun
Warga Emas : RM1,650/setahunWarga Emas : RM450/setahun
Bujang : RM600/setahunBujang : –

JADUAL BAYARAN MYKASIH STR 2025

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah adalah secara ansur selama empat (4) fasa, namun pembayaran Bantuan MyKasih adalah dilaksanakan pada setiap bulan mengikut jadual berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
BAYARAN SESI 1
(JANUARI – MAC)
BAYARAN SESI 2
(APRIL – DISEMBER)
Penerima STR
Daftar e-Kasih
Isi Rumah : RM100/sebulan
Warga Emas : RM100/sebulan
Bujang : RM50/sebulan
Isi Rumah : RM200/sebulan
Warga Emas : RM150/sebulan
Bujang : RM50/sebulan
Penerima STR
Bukan e-Kasih
Isi Rumah : RM100/sebulan
Warga Emas : RM50/sebulan
Bujang : –

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH STR 2025

Terdapat dua (2) Portal Rasmi yang boleh diakses untuk semakan status penerima, iaitu melalui :

  • Portal Rasmi MyKasih :
  • Portal Rasmi STR :

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan MyKasih STR melalui kedua-dua portal rasmi berikut :

  • Panduan Semakan Status Melalui Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
    6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, teruskan semak di Portal Rasmi STR mengikut panduan di bawah :

  • Panduan Semakan Status Melalui Portal Rasmi STR :
    1. Sila layari Portal Rasmi STR pada pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my.
    2. Halaman utama akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk makluman terkini.
    3. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
    4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
    5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
    6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
    7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
    9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
    11. Status bayaran [Bantuan SARA MyKasih] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
    12. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment