BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM2100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Semua penerima di seluruh Malaysia, termasuk penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan menerima pengkreditan Bantuan MyKasih melalui MyKad (Kad Pengenalan) pada setiap bulan. Pendekatan tersebut dilaksanakan untuk membantu memudahkan penerima untuk menerima dan menggunakan bantuan dengan selamat.
Bagaimanakaha semakan status kelayakan Bantuan MyKasih Dalam MyKad RM2,100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : REGISTER LESEN PERCUMA : DAFTAR ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)
KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM2100 2025
Bantuan MyKasih yang bernilai RM2,100 diberikan khas kepada penerima yang memenuhi kriteria seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan Ketua Isi Rumah (KIR);
- Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori isi rumah;
- Tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih sehingga 31 Oktober 2024, sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar;
JADUAL KREDIT BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM2100 2025
Pengkreditan Bantuan MyKasih yang bernilai RM2,100 bukanlah secara sekaligus. Namun, ianya dikreditkan secara ansur setiap bulan mengikut jadual berikut :
BIL. | TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 15 Januari 2025 (Rabu) | RM100 |
2. | 1 Februari 2025 (Sabtu) | RM100 |
3. | 1 Mac 2025 (Sabtu) | RM100 |
4. | 1 April 2025 (Selasa) | RM200 |
5. | 1 Mei 2025 (Khamis) | RM200 |
6. | 1 Jun 2025 (Ahad) | RM200 |
7. | 1 Julai 2025 (Selasa) | RM200 |
8. | 1 Ogos 2025 (Jumaat) | RM200 |
9. | 1 September 2025 (Isnin) | RM200 |
10. | 1 Oktober 2025 (Rabu) | RM200 |
11. | 1 November 2025 (Sabtu) | RM200 |
12. | 1 Disember 2025 (Isnin) | RM200 |
=RM2,100 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM2100 2025
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih bernilai RM2,100 boleh disemak melalui dua (2) portal rasmi, iaitu :
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi STR.
Ikuti panduan semakan status kelayakan melalui kedua-dua portal rasmi berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
KEGUNAAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2025
Antara kegunaan Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad adalah untuk pembelian barangan berikut :
- Barangan dapur :
- Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa.
- Produk kebersihan diri :
- Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita.
- Ubat-ubatan :
- Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM.
- Barangan sekolah :
- Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis.
- Produk kebersihan rumah :
- Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan sabun pencuci lantai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.