BANTUAN MYKASIH 2026 SETIAP BULAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN BULANAN (RM200 & RM100 & RM50)
Bagi meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam pengurusan perbelanjaan bulanan, Kerajaan meluaskan pemberian Bantuan MyKasih kepada lebih ramai penerima yang layak pada setiap bulan untuk sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih setiap bulan? Baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : KADAR BANTUAN STR 2026 – SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DIBAYAR KEPADA PEMOHON BERSTATUS LULUS
PENGENALAN BANTUAN MYKASIH SETIAP BULAN
Inisiatif Bantuan MyKasih atau rasminya dikenali Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan setiap bulan sebagai bantuan tambahan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 dalam memenuhi keperluan asas harian dan bulanan.
Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima (tidak boleh dikeluarkan secara tunai) dan ianya perlu digunakan untuk perbelanjaan barang-barang keperluan asas di mana-mana kedai runcit atau pasaraya terpilih.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH SETIAP BULAN
Kerajaan memberikan Bantuan MyKasih secara automatik kepada individu yang berjaya memohon Sumbangan Tunai Rahmah serta memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Kelayakan Isi Rumah :
| KRITERIA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had |
| Taraf Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / bercerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (Daftar eKasih) atau Tidak melebihi RM5,000 sebulan |
- Kelayakan Warga Emas :
| KRITERIA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 60 tahun & ke atas |
| Taraf Perkahwinan | Bujang atau Balu / bercerai (tiada anak yang status tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (Daftar eKasih) atau Tidak melebihi RM5,000 sebulan |
- Kelayakan Bujang :
| KRITERIA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 21 hingga 59 tahun (OKU bermula 19 tahun) |
| Taraf Perkahwinan | Bujang atau Balu / bercerai (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (Daftar eKasih) atau Tidak melebihi RM2,500 sebulan |
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2026 SETIAP BULAN
Setiap bulan Bantuan MyKasih akan disalurkan dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BANTUAN MYKASIH |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (Daftar eKasih) | RM200 setiap bulan sehingga RM2,400 setahun |
| Isi Rumah Pendapatan Tidak Lebih RM5,000 (Bukan eKasih) | RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun |
- Kategori Warga Emas :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH BANTUAN MYKASIH |
|---|---|
| Warga Emas Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (Daftar eKasih) | RM150 setiap bulan sehingga RM1,800 setahun |
| Warga Emas Pendapatan Tidak Lebih RM5,000 (Bukan eKasih) | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
- Kategori Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BANTUAN MYKASIH |
|---|---|
| Bujang Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (Daftar eKasih) | RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun |
| Bujang Pendapatan Tidak Lebih RM2,500 (Bukan eKasih) | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
JADUAL PENYALURAN BANTUAN MYKASIH SETIAP BULAN
Penyaluran Bantuan MyKasih yang dilaksanakan setiap bulan adalah mengikut tarikh-tarikh yang dijadualkan bagi setiap kategori seperti di bawah :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN |
|---|---|
| Isi Rumah dan Warga Emas | 09 Januari 2026 01 Februari 2026 01 Mac 2026 01 April 2026 01 Mei 2026 01 Jun 2026 01 Julai 2026 01 Ogos 2026 01 September 2026 01 Oktober 2026 01 November 2026 01 Disember 2026 |
| Bujang | 16 Januari 2026 01 Februari 2026 01 Mac 2026 01 April 2026 01 Mei 2026 01 Jun 2026 01 Julai 2026 01 Ogos 2026 01 September 2026 01 Oktober 2026 01 November 2026 01 Disember 2026 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH
Oleh kerana Bantuan MyKasih disalurkan secara automatik dalam Kad Pengenalan setiap bulan, rakyat yang memenuhi kriteria kelayakan boleh membuat semakan status kelayakan secara online seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Laman Rujukan – https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Rujukan – 03 7720 1800
- E-mel Rasmi – [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.