BANTUAN MYKAD 2026 RM200 : AKAN DISALURKAN KEPADA PEMOHON YANG CUKUP SYARAT SEBAGAI PENERIMA BAYARAN, SEMAK KELAYAKAN ANDA
MyKad iaitu Kad Pengenalan diri rakyat Malaysia dicipta khas berasaskan cip yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti bayaran pengangkutan awam dan tol secara tanpa tunai (touch n go). Selain itu, boleh juga menerima kredit bantuan dan digunakan untuk beli barang keperluan asas secara tanpa tunai di lebih 10,000 pasaraya terpilih.
Bagaimanakah semak kelayakan & bayaran Bantuan MyKad RM200? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
JUMLAH BANTUAN MYKAD 2026
Setiap kategori tidak akan terima pengkreditan Bantuan dalam MyKad sebanyak RM200 semua. Namun, akan terima pengkreditan dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 setiap bulan |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 setiap bulan |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 setiap bulan |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
KEGUNAAN BANTUAN MYKAD 2026
Khusus Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad adalah untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas termasuk dalam kategori barangan berikut :
| KATEGORI BARANG | JENIS BARANG |
|---|---|
| Bahan Masakan Asas | Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya. |
| Barang Makanan Kering | Roti, biskut, dan sebagainya. |
| Minuman | Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya. |
| Produk Penjagaan Diri | Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya. |
| Keperluan Asas Bayi | Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya. |
| Ubat-ubatan | Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM. |
| Barang Keperluan Sekolah | Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya. |
| Produk Kebersihan Rumah | Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya. |
KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKAD 2026 RM200
Hanya individu yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan di bawah sahaja akan terima Bantuan sebanyak RM200 setiap bulan dalam MyKad :
| KRITERIA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / Duda / Janda (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa dan tersenarai dalam rekod data sebagai penerima Miskin & Miskin Tegar |
| Permohonan STR 2026 | Lulus sebagai kategori Isi Rumah |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2026
Ikuti cara semak kelayakan secara online dan mudah seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
- [SARA Untuk Semua RM100One-Off]
- [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100One-Off]
- Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100One-off].
- Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
- Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
Berikut merupakan contoh paparan status penerima yang layak Bantuan dalam MyKad :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
JADUAL KREDIT BANTUAN MYKAD
Setelah disahkan layak, Bantuan akan dikreditkan dalam MyKad secara ansur setiap bulan mengikut jadual berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| Isi Rumah & Warga Emas | 09/01/2026 01/02/2026 01/03/2026 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 |
| Bujang | 16/01/2026 01/02/2026 01/03/2026 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 |
CARA GUNA BANTUAN MYKAD 2026
Mudah sahaja untuk guna Bantuan MyKad, ikuti cara-cara yang tertera di bawah :
| LANGKAH | CARA-CARA GUNA |
|---|---|
| 1. | Pergi ke mana-mana kedai yang berdaftar dengan SARA |
| 2. | Ambil barang keperluan yang ada label SARA pada rak tanda harga |
| 3. | Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran MyKasih |
| 4. | Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan & baki |
| 5. | Setiap barang yang diambil ada label akan diimbas oleh juruwang |
| 6. | Bayaran akan disahkan menggunakan MyKad penerima |
| 7. | Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad |
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.