BANTUAN MYKAD SEMAKAN STATUS : TERKINI 2025 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Kadar maksimum pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditambahbaik dimana ianya ditingkatkan sehingga 75% daripada jumlah kredit pada tahun lepas.
Bagaimanakah semakan status bantuan mykad terkini 225? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN SARA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
JUMLAH KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025
Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan dalam MyKad seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah (RM2,100 Setahun) | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan (RM1,650 Setahun) | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang (RM600 Setahun) | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BUKAN EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah (RM900 Setahun) | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan (RM450 Setahun) | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN MYKAD
Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
MANFAAT KREDIT BANTUAN MYKAD
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Mykad penerima secara bulanan sebanyak RM50, RM100, RM150, RM200 adalah untuk penerima membuat pembelian 14 Kategori Barangan Keperluan asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melalui MyKad (IC).
SEMAKAN SENARAI BARANG LULUS GUNA BANTUAN MYKAD
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Tepung / Minyak masak
- Biskut / Mee Segera / Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara