BANTUAN MYKAD MYKASIH RM200 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
MyKad atau kad pengenalan adalah merupakan kad pintar yang dicipta khas boleh digunakan untuk pelbagai bentuk kegunaan tanpa tunai termasuk pemberian bantuan tanpa tunai untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
Bagaimanakah semakan status Bantuan MyKad MyKasih RM200? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
INISIATIF BANTUAN MYKAD MYKASIH RM200 2025
Program Bantuan MyKad MyKasih adalah merupakan sebuah bantuan yang dikreditkan secara tanpa tunai untuk membantu penerima membuat pembelian barangan keperluan seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan setiap bulan.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD MYKASIH RM200 2025
Bantuan MyKasih yang bernilai RM200 dikreditkan dalam MyKad penerima yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025
Untuk mengetahui status sama ada layak atau tidak sebagai penerima Bantuan MyKad MyKasih hanya boleh disemak melalui pautan di bawah :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
MyKasih | https://mykasih.com.my |
- Sila layari laman web Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025
Bagi penerima yang berstatus ‘Layak’ boleh mengetahui baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad mengikut panduan semakan seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih di Apple Apps Store / Google Play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.