BANTUAN MYKAD MYKASIH 2100 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Hanya Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih sahaja disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima bagi membantu memudahkan rakyat untuk menerima dan menggunakan bantuan dengan selamat secara tanpa tunai (cashless).
Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan MyKad MyKasih 2100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CEK STATUS SARA MYKASIH : CHECK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKAD MYKASIH 2100 2025
Bantuan MyKad MyKasih diberikan khas kepada penerima yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan Ketua Isi Rumah (KIR);
- Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKAD MYKASIH 2100 2025
Pembayaran Bantuan MyKad MyKasih yang berjumlah RM2,100 adalah dibayar secara berperingkat mengikut jadual berikut :
BIL. | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 15 Januari 2025 | RM100 |
2. | 01 Februari 2025 | RM100 |
3. | 01 Mac 2025 | RM100 |
4. | 01 April 2025 | RM200 |
5. | 01 Mei 2025 | RM200 |
6. | 01 Jun 2025 | RM200 |
7. | 01 Julai 2025 | RM200 |
8. | 01 Ogos 2025 | RM200 |
9. | 01 September 2025 | RM200 |
10. | 01 Oktober 2025 | RM200 |
11. | 01 November 2025 | RM200 |
12. | 01 Disember 2025 | RM200 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD MYKASIH 2100 2025
Untuk semakan status penerima Bantuan MyKad MyKasih, semakan perlu dilakukan pada pautan Portal Rasmi berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
MyKasih | https://mykasih.com.my |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
KEGUNAAN BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025
Antara kegunaan Bantuan MyKad MyKasih adalah untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.