BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025 RM200 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kad Pengenalan (MyKad) rakyat Malaysia yang berfungsi seperti kad pintar dapat digunakan untuk pembayaran secara tanpa tunai (cashless). Oleh itu, kerajaan menyalurkan Bantuan MyKasih melalui MyKad supaya mudah untuk penerima menerima dan menggunakan bantuan.
Bagaimanakah semakan Bantuan MyKad MyKasih RM200? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH SARA KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
TARIKH BAYARAN TERBARU BANTUAN MYKAD MYKASIH RM200
Bayaran Bantuan MyKad MyKasih yang terbaru telah dilaksanakan pada tarikh berikut :
TARIKH BAYARAN TERBARU | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
1 Mei 2025 (Khamis) | RM200 |
CARA GUNA BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025
Hanya rakyat Malaysia yang disahkan layak terima Bantuan MyKasih sahaja boleh menggunakan MyKad seperti berikut :
- Kunjungi kedai terpilih MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025 RM200
Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Bantuan MyKad MyKasih yang bernilai RM200 sebulan :
- Warganegara Malaysia;
- Kategori Isi Rumah Berpasangan (ada / tiada anak) atau Isi Rumah Tunggal (ada anak);
- Pendapatan isi rumah bawah garis kemiskinan semasa (PGK);
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SEMAKAN BAKI BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025
Baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad penerima boleh disemak melalui aplikasi seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
*Baki Bantuan MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan seperti berikut :

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025 RM200
Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKad MyKasih RM200 seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.