BANTUAN MYKAD MADANI SEMAKAN STATUS JULAI 2025 LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Inisiatif pengkreditan tanpa tunai (cashless) Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) telah diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI sejak tahun 2023 dan masih lagi diteruskan sehingga kini.
Bagaimanakah semakan status Bantuan MyKad MADANI bulan Julai? Ikuti panduan dan info lanjut di sini.
BACA JUGA : SARA MYKASIH DALAM IC : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD MADANI JULAI 2025
Pihak kerajaan MADANI telah mula mengkreditkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ke dalam MyKad penerima yang layak bertarikh pada 01 JULAI 2025 (SELASA) dengan jumlah yang berbeza bagi setiap kategori penerima.
JUMLAH PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD MADANI JULAI 2025
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan pada bulan Julai ke dalam MyKad adalah bergantung kategori penerima seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah Status Miskin & Miskin Tegar : RM200.
- Isi Rumah Status Asas Bukan Miskin : RM100.
- KATEGORI WARGA EMAS :
- Warga Emas Status Miskin & Miskin Tegar : RM150.
- Warga Emas Status Asas Bukan Miskin : RM50.
- KATEGORI BUJANG :
- Bujang Status Miskin & Miskin Tegar : RM50.
BILANGAN PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI JULAI 2025
Penerima yang layak menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad pada bulan Julai ini adalah direkodkan seramai 5.4 juta yang terdiri daripada 0.7 juta penerima berstatus Miskin & Miskin Tegar dan 4.7 juta penerima berstatus Asas Bukan Miskin.
BANTUAN MYKAD MADANI SEMAKAN STATUS JULAI 2025
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad bagi bulan Julai boleh disemak melalui pautan berikut :
- Pautan Laman Rasmi Semakan Status : https://mykasih.com.my.
Ikuti cara semakan status penerima Bantuan MyKad MADANI seperti berikut :
- Halaman utama MyKasih SARA akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KEGUNAAN BANTUAN MYKAD MADANI JULAI 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan dalam MyKad adalah khas untuk membantu penerima membuat pembelian barangan keperluan asas seperti :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.