BANTUAN MYKAD 200 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN MYKAD 200 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Pada arus pemodenan masa kini, majoriti rakyat membuat pembayaran secara tanpa tunai (cashless) dengan menggunakan pelbagai bentuk medium seperti kad bank, kod QR dan sebagainya. Sejajar dengan itu, Kerajaan mengkreditkan bantuan tanpa tunai (cashless) menerusi kad pengenalan diri (MyKad) untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas.

Bagaimanakh semakan status kelayakan Bantuan MyKad 200? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CEK STATUS MYKASIH RM100 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SISTEM AGIHAN BANTUAN MYKAD 200 2025

Berikut merupakan sistem agihan Bantuan MyKad kepada setiap penerima yang layak :

  1. Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan Mykasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) penerima dalam sistem Mykasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
  2. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM200 melalui Kad Pengenalan (MyKad) untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
  3. Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan (MyKad).

TARIKH AGIHAN BANTUAN MYKAD 200 2025

Pengagihan Bantuan MyKad yang bernilai RM200 setiap bulan adalah pada tarikh seperti berikut :

  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

KEGUNAAN BANTUAN MYKAD 2025

Antara kegunaan Bantuan MyKad adalah untuk membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Barang dapur :
    • Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa.
  • Produk kebersihan :
    • Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita.
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM.
  • Barang sekolah :
    • Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 200 2025

Bantuan MyKad yang disalurkan sebanyak RM200 setiap bulan adalah khas untuk yang menepati kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 200 2025

Status kelayakan penerima boleh disemak melalui pautan laman web rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan laman web rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SEMAKAN BAKI BANTUAN MYKAD 2025

Bagi yang telah menggunakan Bantuan MyKad boleh membuat semakan baki yang ada melalui semakan berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment